[10 GAMBAR] Biodata ‘Hanan’, Heroin Drama Kekasih Paksa Rela Yang Sangat Hot!

0
246

Setelah sekian lama menyepikan diri dari kaca TV, Remy Ishak nampaknya kembali menyengat apabila lakonannya dalam drama terbaru terbitan TV3 ‘Kekasih Paksa Rela’. Mesti ramai yang melting tengok gelagat comel ‘pakcik’ ini kan? Selain daripada Remy Ishak, pelakon comel Intan Najuwa juga kian dikenali ramai. Walaupun masih baru dalam dunia lakonan, Intan Najuwa nampaknya sudah menunjukkan prestasi yang baik.

Siapakah Intan Najuwa ini sebenarnya? Kat sini admin nak payung beberapa gambar hot dan meletop beliau!

Nama penuh pelakon baru ini ialah Intan Najuwa binti Abdul Wahid. Lahir pada tahun 18/8/97 dan kini berusia 21 tahun. Intan Najuwa merupakan anak kedua dari 3 beradik. Berasal dari Johor. Mulai aktif pada tahun 2015 melalui lakonannya dalam Hantu Punya Bos & Khabar Dari Casablanca. Intan Najuwa juga merupakan salah seorang pelakon dalam Gantung The Series, tak sabar nak tengok!

Perkara menarik mengenai Intan Najuwa ini adalah dahulunya beliau merupakan seorang blogger sebelum bergelar artis. Lebih kurang Hanis Zalikha la juga ini kan? Terlebih dahulu popular di blog kemudian baru mencuba bakat dalam dunia lakonan. Bakat lakonan Intan Najuwa rupanya dicungkil oleh pengarah dan penerbit popular David Te0. Kini Intan bernaung dibawah MIG Metrowealth.

Teringat pula pada Wawa Zainal yang dulunya pernah top bawah naungan David Teo. Agaknya David Teo memang suka muka yang comel-comel macam Wawa Zainal kan?

Fuh ternyata Intan Najuwa seorang yang sangat cantik, comel, hot dan meletop! Patutlah pakcik hampir jatuh cinta tengok Hanan kan? Hehehe tapi nampaknya gaya macam sudah ada teman lelaki. Hancurnya hati admin tengok. Melepas lagi nampaknya!

Apa-apapun admin nak ucapkan selamat maju jaya kepada Intan Najuwa, semoga menjadi seorang artis yang popular dengan bakat lakonannya dan jauhkan kontroversi. Hanan jangan nakal-nakal tau duduk rumah pakcik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Intan Najuwa

Sumber: LimauManis