“Kalau boleh, saya nak anak saya jadi seperti Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.”- Lufya Omar

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Begitu juga dengan pelakon, Lufya Omar.

Lufya ketika ditemui melalui Gempak menyatakan hasrat ingin membesarkan anak tunggalnya menjadi seorang yang berilmu tinggi dalam agama dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

 

“Saya tidak mementingkan populariti anak, tapi lebih inginkan pendidikan dan agama.”

“Saya mahu dia menjadi seorang yang berpengetahuan tinggi dan mengetahui tentang ilmu Islam, kalau boleh saya mahu dia menjadi seperti tokoh ilmuan agama Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

 

 

View this post on Instagram

 

Laana Haura’s Flamingo & Picnic Themed Birthday Party🎂 . Ramai yang nk bergambar dgn Haura kat dalam hall tpi si kecik ni hilang dengan dress kembang labuh die sibuk kat playground. Tak herannya dia nk bergambar hahaha. Kids is super excited to play @kiddosbubblemalaysia sampai banjir😆 Alang- alang hujan kasi banjir je trus ya anak-anak🤦‍♀️ Hahaha asal kamu bahagia la🎈 . Haura’s beautiful yellow dress by @buttonmybuttons.baby ❤

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

“Soal populariti itu akan datang sendiri. Jika dia popular, namanya tetap akan menjadi tumpuan ramai.”

Tambahnya lagi, dia sendiri sedang mendalami ilmu agama agar dapat membimbing anaknya dengan baik kelak.

 

“Jika saya ingin dia membesar menjadi orang yang berguna, saya sendiri harus memulakannya dulu.”, ujarnya.

Sumber: Instagram Lufya Omar, Gempak

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*