“Renungkan sebelum saya delete..”- Sharnaaz Ahmad kongsi kata-kata ‘dalam’ di Instagram

Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad telah mengemaskini akaun Instagramnya dan berkongsi sebuah nukilan kata-kata penuh makna buat perkongsian ramai.

Menurutnya, hidup seseorang tidak sempurna namun kehadiran pasanganlah yang akan menyempurnakan. Malah, dia turut meminta orang ramai menghayati nukilan tersebut sebelum dipadam olehnya.

“Manusia dilahirkan tak sempurna, tapi yg menyempurnakan adalah pasanganya.. Terbaca ni di feed, tersentuh.. Hidup yg bermakna adalah dgn mencari maknanya hidup.. renungkan sebelum sy delete. Sebab tak usah dikenangkan barang yg lepas kata org lamaa.”, tulisnya.

Sekadar perkongsian, Sharnaaz Ahmad telah melangsungkan perkahwinan dengan Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

 

Namun perkahwinan mereka telah berg0lak sejak beberapa bulan yang lepas dan belum menemukan jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*