“Lepas ni kalau i berlakon bermakna drama pertama yg i fully berhijab..”- Wan Sharmila

Pelakon, Wan Sharmila ada berkongsi cerita di laman Instagram miliknya. Menerusi kapsyen yang ditulisnya, dia kini sedang menjalankan penggambaran untuk sebuah drama yang akan dilakonkannya.

Namun, kerana sudah lama tidak beraksi di set penggambaran, Sharmila akui agak gementar dan risau jika lakonannya itu kelihatan ‘kayu’.

Mala, Wan Sharmila turut menyatakan bahawa ini adalah drama pertama yang dilakonkannya setelah dia mengambil keputusan untuk berhijab.

“Baru habis baca skrip ni. Baru sikit. Nanti sambung lagi. 🙂. Lepas ni kalau i berlakon bermakna drama pertama yg i fully berhijab.”

“Actually nervous sbb dah lama tak berlakon. Mesti i berlakon mcm kayu. 🤪. Tetiba kan i terfikir apa tau. Kalau lah London tu 15min da sampai mmg dah lama i hilang dalam London skrg ni. Do not disturb. Gitew. ⛄️”, kongsinya.

 

Menerusi ruangan komen, peminat memberi kata-kata semangat buat Sharmila dan turut memuji penampilannya yang sekarang lebih cantik.

 

 

Sumber: Instagram Wan Sharmila

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.