Dr, Fitri Haris mendedahkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan pada 21 Disember (Sabtu) ini.
Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan nama dan wajah bakal isterinya itu sebelum tiba masanya.
“Dia bukan artis, cuma orang biasa. Keluarga yang mencadangkan dan memberi restu untuk disatukan.”
“Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana boleh terbuka hati untuk berkahwin lagi. Sebelum ini, hati saya tertutup rapat dan hanya fokuskan diri pada pelajaran dan kerja.”
“Tapi saya hanya ikut ‘flow’.. Kalau ini yang terbaik, saya turutkan saja.’
View this post on Instagram
While waiting …. copy paste kuka mak @zainiharisnurqalbi .. awesome pic by @zach.baudelaire
Bertanya mengenai identiti bakal isterinya itu, dia memberitahu pihak keluarga meminta agar merahsiakannya.
“Keluarga minta rahsiakan semuanya. Nantilah saya bercerita lagiyang selebihnya pada hari perkahwinan kami.’
Difahamkan juga, majlis perkahwinan Dr. Haris Fitri bakal berlangsung pada hari Sabtu ini di sebuah hotel di ibu kota.
Sumber: Instagram Dr. Haris Fitri, Gempak
Leave a Reply