“Maaf ye Fazley, saya tak minat artis2 ni!”, Mula-mula ambil gambar diam-diam, lepas ditawar untuk bergambar ditolaknya pula!

Golongan selebriti pastinya menjadi tumpuan ramai walau kemana saja mereka pergi. Begitu juga dengan Chef Selebriti, DatoFazley Yaakob yang mendedahkan bahawa dirinya telah dirakam oleh orang awam baru-baru ini.

Menurutnya, baru-baru ini dia sedang bersantai di tepi pantai sebelum ada sebuah keluarga menunding jari kepadanya dan bercakap-cakap.

Kemudian, ada pula ahli keluarga yang lain detang dan dengan nada kuatnya berkata ‘Wei ada artis lah!’. Kurang senang dengan cara tersebut,lantas dia menghampiri keluarga tersebut dan menawarkan untuk mengambil gambar secara dekat namun ditolak pula.

“Kalau dia minta ambil gambar elok2 saya mesti bagi.. atau tanya dan sapa serta bagi salam saya mesti jawab. Masalahnya masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat eh?
.
Actually saya kemudiannya offer, “Nak ambil gambar ke makcik? Jomlah saya pegangkan camera kita selfie!” Tahu apa dia jawab? “ Maaf ye Fazley, saya tak minat artis2 ni!” Hahahaha luah mati mak telan mati bapak jadinya 😅😅😅”, kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

Kalau dia minta ambil gambar elok2 saya mesti bagi.. atau tanya dan sapa serta bagi salam saya mesti jawab. Masalahnya masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat eh? . Actually saya kemudiannya offer, “Nak ambil gambar ke makcik? Jomlah saya pegangkan camera kita selfie!” Tahu apa dia jawab? “ Maaf ye Fazley, saya tak minat artis2 ni!” Hahahaha luah mati mak telan mati bapak jadinya 😅😅😅

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Melihat di ruangan komen, peminat memberi pendapat masing-masing malah ada yang memuji sikap merendah diri Fazley Yaakob.

Sumber: Instagram Fazley Yaakob

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.