Hukum Kepada Penghutang Yang Sengaja Tidak Mahu Membayar Hutang

Ramai yang berhutang tapi tidak ramai yang ambil kisah untuk membayar balik. Ingat!! Hutang wajib dibayar walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Kepada yang sengaja enggan membayar hutang baca jawapan daripada Jabatan Mufti Selangor.

Soalan: Saya adalah seorang penjamin kedua bagi rakan sepejabat saya untuk pinjaman peribadinya dengan sebuah bank, manakala kakak iparnya adalah penjamin pertama.

Kini rakan saya itu telah berpisah dengan isterinya dan mengesyaki kakak iparnya sebagai dalang. Jadi untuk membalas dendam kepada kakak iparnya, dia telah tidak membayar hutangnya dengan sengaja walaupun dia sangat mampu membayarnya.

Kini pihak bank telah menghantar surat untuk mengambil tindakan keatas penjamin-penjaminnya termasuk saya. Apakah hukum orang yang sengaja tidak mahu mem-bayar hutang? Bagaimanakah dengan amalannya? Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?

Jawapan: Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya:

  • Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
  • Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
  • Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
  • Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya: “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W.

Maksudnya: “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (Riwayat Baihaqi)

Sumber: Jabatan Mufti Selangor

Kesimpulan: Seseorang yang berhutang tu janganlah melengahkan membayar hutang walhal duit sudah mencukupi. Langsaikan hutang yang terdahulu sebelum memikirkan untuk kegunaan yang bukan keperluan. Disebabkan hutang ukhwah sesama manusia boleh menjadi renggan. Oleh itu, hutang wajib dibayar walaupun nilainya tidak seberapa, melainkan dihalalkan oleh pemiutang. Ingatlah, hutang itu membebankan diri dan tidak ada golongan yang menggemari berhutang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Travula

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*