[Video] Ramona k3na bahan dengan Jep dalam Sepahtu Reunion…

Pelakon jelita Ramona Zamzam menarik perhatian netizen selepas muncul dalam program Sepahtu Reunion Live minggu lalu.

Gandingannya bersama Jep Sepahtu berjaya membuatkan penonton terhibur dengan telatah spontan mereka.

Tambahan pula, gelagat Ramona yang tidak dapat menahan gelak apabila melakonkan sketsa bersama Jep Sepahtu membuatkan penonton geli hati dengan telatah mereka.

Menurutnya, menerusi akaun instagramnya, Ramona menyatakan yang dia tidak menyangka yang dia akan diusik sebegitu sekali sepanjang program berkenaan.
“To be honest, masa ni baru first segment tapi dah sakit rahang 😩”

“Didn’t expect nak kena sakat sampai mcm tu skali. Pipi dah kebas, jawline sakit gila 😅”

“@jepsepahtu tak penah berubah, masih sama dari 10 thn lepas. It was such a pleasure to read all the comments and thank you for all the support.”

Menerusi Instagram beliau,

 

View this post on Instagram

 

Before you guys move on to the next episode, uploading one last post untuk kenangan bersama 🥰 Lepas ni tak spam dah tau hahaha. Kalau rindu nak tgk balik scene2 Dian, boleh click kat website link on bio k ❤️ . #SepahtuReunionLive #SepahtuReunionLive2020 #ramonazamzam #Dian

A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on

 

Sekadar info, Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira binti Mohd ZamZam dilahirkan pada 25 Jun 1990 di Pulau Pinang. Mendirikan rumah tangga bersama Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Alashkar pada Disember 2017.

Sumber : Instagram Ramona ZamZam.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Diari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.