Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon agar peminatnya bertenang dan tidak mencetuskan sebarang provokasi terhadap mana-mana pihak berhubung isu jolokan ‘penyanyi nombor satu negara’ seperti yang telah tular sejak Isnin.
Kata Siti, perkara itu tidak manis untuk diulas lanjut dan meminta orang ramai tidak terus-menerus memanaskan keadaan.
“Saya mengambil langkah untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebab saya rasa tidak manis dan tidak perlu pun untuk saya dan saya harap peminat saya pun bertenanglah:
“Saya tahu ada dalam kalangan mereka pun bukan peminat betul, sekadar datang nak memanaskan keadaan. Jadi kita rileks sajalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum itu, pada Isnin peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan ratu irama Malaysia, Noraniza Idris yang melabelkan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sebagai Penyanyi Nombor 1 Asia Malaysia.
Lebih memburukkan keadaan apabila ada dalam kalangan peminat fanatik yang menyerang Noraniza dan membangkitkan kisah-kisah silam.
Malah, ada yang mula melaga-lagakan Siti dan Noraniza sedangkan hubungan kedua-dua penyanyi itu masih baik.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Gempak
Leave a Reply