Ben Amir Nak Cinta Mimi Lana?

Drama terbaru hasil gandingan Ben Amir dan Mimi Lana nampaknya sudah pun ditayangkan episod yang ke 10 malam tadi. Drama Chandelier arahan Michael Ang ini ditayangkan di Astro Ria pada jam 10 malam. Terbaru pelakon yang semakin meningkat naik, Ben Amir berkongsikan foto lama dirinya bersama Mimi Lana.

Pelakon Ben Amir akui berasa janggal ketika berlakon bersama Shasha Abedul dalam drama adaptasi novel ‘Chandelier’.

Kata Ben, dia tidak biasa apabila perlu membahasakan dirinya dengan panggilan abang.

“Saya tidak ada perasaan kekok dengan orang lain cuma dengan watak Shasha saja. Saya kena bahasakan diri saya abang.

“Saya tak pernah nak gelarkan diri abang,” katanya.

Tambah Ben, jika dia seorang pisau cukur dia akan cuba mendapatkan aktres Mimi Lana.

“Kalau Ben jadi pisau cukur, apa yang awak nak cukur kat Mimi?” tanya Isha.

“Cinta dia,” jawab Ben secara ringkas.

Drama ‘Chandelier’ ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.

 

View this post on Instagram

 

From this to this 😂 cuba teka berapa tahun gambar ni #DramaChandelier

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Drama arahan Michael Ang itu dilakonkan oleh Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim, Zamarul Hisyam, Shasha Abedul, Nadya Syahera dan ramai lagi.

Menerusi ruangan kapsyen Ben Amir cuba membuatkan pengikutnya di Instagram untuk meneka berapa tahun foto tersebut.

“From this to this cuba teka berapa tahun gambar ni #DramaChandelier”

Perkongsiannya ini telah meraih hampir 50 ribu likes. Rata-rata netizen ada yang meneka jawapan kepada persoalan itu dan ada juga yang meninggalkan reaksi lain seperti berikut di ruangan komen:

“Ololo comeyynyer gamba 1st tu!! Sama cantik la korang ni”

“So comel both. Dulu muka jambu ben, mimi bambam sikit..now handsome n cantik. Padu”

“Macam budak2 sangat both of u in the former picture..n bertemu kekasih lama the latest one”

Sementara itu gandingan hebat kedua bintang ini menerusi drama Chandelier ini turut mencuri tumpuan kerana dikatakan sepadan bersama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.