“Nabila minta maaf…” Batal Persembahan Di Singapura & Perjalanan Ke Maldives, Jakarta

GARA-gara penularan wabak Covid-19 semakin teruk, penyanyi Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada sebuah acara yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada Sabtu.Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, memohon maaf kepada pihak penganjur dan seluruh warga Singapura kerana tidak dapat membuat persembahan di acara tersebut.Penyanyi ‘Vroom Vroom’ ini sepatutnya membuat persembahan di MegaXpress Halal 2020 yang dijadualkan di Singapore Expo Hall, hari ini.

Nabila turut turut membatalkan perjalanannya ke Maldives dan Jakarta kerana katanya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Pengumuman tersebut dibuat Nabila menerusi akaun laman sosial Instagram (IG)nya semalam.

 

View this post on Instagram

 

ANNOUNCEMENT Demi tujuan keselamatan, saya Nur Nabila Mohd Razali ingin memohon maaf kepada pihak penganjur MegaXpress Halal 2020 @megaxpress kerana terpaksa membatalkan persembahan saya disaat akhir yg dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini, 14 March 2020 di Singapore Expo Hall. Pihak pengurusan saya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan membatalkan semua perjalanan saya ke luar negara termasuk Jakarta & Maldives. Sama2 kita berdoa supaya wabak #COVID19 ini cepat berlalu. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Saya harap permohonan maaf saya ini diterima oleh pihak penganjur dan seluruh warga Singapura. Sekian, terima kasih, NR ♥️

A post shared by Aira Tihani 💞 (@nabila.razali) on

Saya Nur Nabila Mohd Razali ingin memohon maaf kepada pihak penganjur MegaXpress Halal 2020 kerana terpaksa membatalkan persembahan saya di saat akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini, 14 March 2020 di Singapore Expo Hall.

“Pihak pengurusan saya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan membatalkan semua perjalanan saya ke luar negara termasuk Jakarta & Maldives,” tulisnya.

Nabila berkata, dia berharap agar permohonan maafnya diterima penganjur MegaXpress Halal 2020 kerana baginya mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini turut mengajak orang ramai mendoakan agar wabak COVID-19 berlalu.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Saya harap permohonan maaf saya ini diterima oleh pihak penganjur dan seluruh warga Singapura.

“Sama-sama kita berdoa supaya wabak #COVID19 ini cepat berlalu. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

2020 is CANCELLED! Wake me up when it’s 2021. 😴

A post shared by Aira Tihani 💞 (@nabila.razali) on

Untuk maklumat, Singapura antara lokasi yang mempunyai jumlah tertinggi mangsa wabak covid-19

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.