“Saya belum buat pengumuman, peminat Khai tolong hormat saya!” – Ogy

PENINGKATAN kes baharu positif Covid-19 setiap hari menyebabkan beberapa acara yang melibatkan orang ramai terpaksa ditunda atau dibatalkan.Berikutan itu, penerbit konsert Khai Bahar iaitu Fauziah Ahmad Daud memohon agar peminat penyanyi itu tidak membuat andaian berhubung apa yang sedang berlaku.Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 58, dia perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak Istana Budaya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ogy memuat naik kenyataan di Instagram.

“Saya belum buat pengumuman. Peminat-peminat Khai, tolong hormat saya. Maaf ya sebagai penerbit dan penganjur konsert solo Khai Bahar, saya amat peka dengan virus yang sedang menular sekarang.

“Dan saya amat faham bila anda DM saya bertanyakan perkembangan konsert ini. Tapi saya perlu menghormati tuan rumah iaitu Ketua Pengarah Istana Budaya.

“Kami perlu berbincang dahulu. Saya rasa ralat bila ada peminat-peminat Khai Bahar yang memandai-mandai post di Igstory tanpa mengetahui apa jua keputusan saya dan pihak IB.

“Maaf ya… sikap sebegini saya amat tidak gemar,” kata Ogy menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Ogy dan mendoakan agar segala urusanya dipermudahkan.

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia sepatutnya dijadualkan bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) selama dua hari bermula 27 Mac depan.

Bagaimanapun, pada Jumaat, pihak Istana Budaya menerusi kiriman emel memaklumkan konsert tersebut ditunda pada tarikh yang akan ditentukan kelak.


Terdahulu, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 26, berkata, latihan vokal dan tarian cukup memeritkan.

“Dari hari ke hari, latihan yang dikendalikan tenaga pengajar memang dasyat…. Saya rasa bagai didera.

“Sebagai contoh, saya bukan sahaja perlu belajar sejenis tarian, tapi banyak tarian. Antaranya tarian moden, tradisional dan Bollywood.

“Bagi saya, setiap satu memberi cabaran kerana saya bukan penari. Memang mental kena kuat, kalau tidak boleh mengalah jadinya,” katanya.

Berfikiran positif, Khai berkata, semuanya dianggap proses pembelajaran.

Kepada peminat Khai Bahar, harap-harap bersabar ye.  Kita doakn semoga semuanya berjalan lancar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.