“Tak Ada Shortcuts Nak Kurus!” yang kat luar sana kena alert…

Semua orang kuruskan… Bukan kurus semata la.. Yang penting sihat tubuh badan…

Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril menegaskan tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan.

Malah menurut Dr. Say, tiada produk yang boleh menurunkan berat badan dengan mudah kerana kebanyakan penjual hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Saya muak menjawab DM (mesej peribadi) mengenai segala “shortcuts” untuk mengurangkan berat badan ni.

“Dari detox tea ke fat burner ke krim sapu pembakar lemak ke bekung pelangsing ke bertapa dalam sauna ke tutup kipas kasi berpeluh lencun dan akhirnya ke air kosong letak garam mampu membunuh COVID-19 (tiba-tiba, tapi saje nak nyatakan kemengarutan ni)

“Sebelum korang keluarkan duit korang, fikir sejenak bagaimana produk ini mampu menurunkan berat aku? Atau korang jenis beli je dulu lepas tu guna je dulu lepas tu kalau tak menjadi tak apa cuba product lain?

“Come on peeps, tahukah anda yang selalu menjadi mangsa produk sebegini adalah mereka yang kurang berpendidikan, naif dan status ekonomi rendah?” tulisnya.

View this post on Instagram

 

Topik : Tolong Jangan Membabi Buta Malaysian Sorry topik sedikit kasar tapi sy muak menjawab dm mengenai segala “shortcuts” untuk mengurangkan berat badan ni. Dari detox tea ke fat burner ke krim sapu pembakar lemak ke bekung pelangsing ke ber-tapa dalam sauna ke tutup kipas kasi berpeluh lencun dan akhirnya ke air kosong letak garam mampu membunuh COVID-19 (tiberrr tapi saje nak nyatakan kemengarutan ni) Sebelum korang keluarkan cash korang/ swipe kad korang/ keluarkan cash suami/ swipe kad suami tidakkah akal korang berfikir sejenak “MACAM MANA product/ kaedah ni mampu menurunkan berat aku?” or korang jenis beli je dulu pastu guna je dulu pastu kalau tak menjadi takpe cuba product lain? Come on peeps tahukah anda yg selalu menjadi mangsa produk sebegini adalah mereka yg KURANG BERPENDIDIKAN, NAIF & STATUS EKONOMI RENDAH? Have some respect to urself because u deserve better. Daripada korang menghabiskan duit kat benda2 tak berfaedah & mungkin merosakkan hati & buah pinggang korang, baik korang gunakan duit tu untuk beli fresh food & healthy groceries. TAK ADA SHORTCUT when it comes to losing weight. Kalau ada shortcut kenape laaa Malaysia masih mengungguli negara paling obese kat Asia Tenggara ni? Proper diet, regular exercise & proper rest are all u need for a prosper life ok peeps? PS : Gambar sekadar mengajar anda untuk berfikir dahulu sebelum anda membeli sebarangan produk. Tengah increase brightness ke tu? Biaq pi, sy saja nak bagi ampa sakit mata, hati sy yg terluka ni siapa nak cara?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on


Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambah Dr. Say, ada baiknya jika duit yang dihabiskan kepada produk tidak berfaedah itu digunakan untuk membeli makan segar serta sihat untuk tubuh badan yang cergas.

 

View this post on Instagram

 

Topik : Cukupla Dengan “Owh I Tak Makan Nasi” Kita sembang diet arini. Satu kepercayaan karut yg cukup terkenal di Malaysia ialah kalau nak lose weight JANGAN MAKAN NASI. Ibarat nasi ni COVID-19 je. Pastu bila tanya “tak makan nasi, ganti dengan ape?”. Jawabnya roti, mee kuning, ketiau, bihun, pasta, kentang. Ya Rabb SAMA JE semua tu, satu kumpulan karbohidrat dengan nasi tu peeps! Meh sy tanya antara 2 keping roti putih dengan sepinggan nasi mane lagi mengenyangkan? Korang berhenti isi minyak, masuk kedai nampak ade sandwich tuna mayo & telur pastu korg beli & makan, korang rasa kekenyangan korang tahan berapa lama? Kalau setakat sandwich tu rasanya terhadam kat tekak sy je, tak sempat cecah perut sebab terlalu ringan walhal kalori 2 keping roti dikerat mengiring tu sebijik dengan sepinggan nasi. Nasi ni jadi bersalah ada 2 sebab je. Satu, korang amik dalam kuantiti yg ganas contohnya nasi tambah/ nasi membukit. Kedua, korang amik yg persediaannya jahat contohnya digoreng kasih sayang/ kuah banjir mengalir. Otherwise nasi ni perfectly safe to consume walaupun nak lose weight. Nasi ni fuel bagi kita. No fuel kereta jalan tersengguk2. No carbs aka nasi otak kita slow lampi. Cukup2 lah sebarkan fitnah pasal nasi ni. Lepasni kalau korang dengar kawan korang nak lose weight korang tanya dia awal2 “ape plan ko untuk lose weight?” kalau die jawab “aku nak buang nasi doe, nasi COVID doe, taknak makan dah doe” korang hantar la gambar kecewa sy ni kat dia suruh dia makan roti2 kat perut sy tu k? Plz peeps, school yourself before u get school-ed by me. #schoolingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

 

Dr Say berpesan amalkan pemakanan sihat.

“Daripada korang menghabiskan duit kepada benda-benda tak berfaedah dan mungkin merosakkan hati dan buah pinggang korang, baik korang gunakan duit tu untuk beli fresh food serta healthy groceries,” katanya lagi.

&

 

View this post on Instagram

 

Topik : Benda Simple, Kenapa Nak Complicatekan? . Kite sambung bercerita pasal kesihatan. Apa yg sy perasan, orang kita ni THINK TOO MUCH when it comes to senaman. Kalau dari segi JENIS senaman, ramai tanya “doc takpe ke sy jog & xpergi gym?”. Jawapannya simple, bergantung kepada apa yg anda suka. Anda tak boleh paksa sy berlari (sy benci gila berlari) & vice versa sy tak boleh paksa anda angkat beban. Pilihlah senaman yg SPARK JOY untuk anda be it jogging/ swimming/ ber-gym-ing mahupun ber-jimba-ing as long as senaman itu menaikkan heart rate anda to a point yg anda tak boleh membawang (hold a conversation) semasa melakukannya. . Bila dh jumpa senaman yg digemari contohnya ber-gym-ing soalan yg menyusul “doc takpe ke sy workout sejam dengan 6 routines of 3sets 10reps with 3-0-1-0 tempo?”. Sekali lagi, think too much. Jawapannya simple, bergantung kepada kemampuan anda. Kalau anda boleh berlari 10km pasti rasa tak fulfilling kalau sy suruh anda lari hanya 5km kan? Isi kandungan senaman yg dilakukan tu tak sepenting CONSISTENCY anda melakukan senaman itu. Kalau detail dh isi kandungan senaman anda tu tapi seminggu sekali je dapat execute tak ke SEMBANG KENCANG namanya tu? . In a nusthell, bersenam ini mudah je peeps sekiranya kita tak berfikir banyak dalam melakukannya. Yang penting kita angkat punggung berat berlemak kita daripada sofa yg dah melekuk lembut hasil duduk sepanjang hayat dengan melakukan senaman sekurang2nya 30 minit 5 kali seminggu, memadai dah. Bila kita dah konsisten baru boleh sembang dengan mendalam. Ni belum ada pasangan dah rancang malam pertama mau tewas nanti hendaknya. . P.S : Gambar lama ni hanya sebagai rangsangan

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abbas berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*