“Apa yang berlaku, kita hadapi dengan tenang” – Naim Daniel

Mungkin masih ramai peminat belum mengenali Naim Daniel. Siapa Naim Daniel?

Memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, Naim Daniel kini telah mengeluarkan single pertama berjudul Sekali Lagi. Video muzik baru tersebut telah 5 hari dimuatnaik ke

Youtube dan telah mendapat tontonan sebanyak setengah juta views sekarang.
Baru- baru ni Naim terpalit dengan kontroversi melibatkan pemilikan lagu berjudul Sumpah, penyanyi Naim Daniel sentiasa tenang dan ambil perkara itu secara positif.

Naim, 23, berkata dia menganggap isu yang berlaku itu sebagai teguran daripada Allah untuk memperbaiki kekurangan dirinya supaya menjadi yang lebih baik.Naim ambil kontroversi yang berlaku secara positif.

“Bagi saya, apa saja yang berlaku kita kena hadapi dengan tenang. Sebab itu, saya sentiasa mahu berkongsi dan sebarkan perkara yang positif.”Isu itu juga tidak menjejaskan imej saya. Malah, saya melihat semakin ramai orang mendoakan yang baik-baik saja.

 

View this post on Instagram

 

as long as i’m breathing.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Saya percaya apa yang jadi bukan datang kosong, tapi Allah nak tunjuk sesuatu yang kurang pada kita untuk belajar menjadi yang lebih baik,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, isu pemilikan Sumpah terus berpanjangan apabila bekas kekasih Naim iaitu Dayana Emerda membuat tuntutan mendaftar semula lagu itu sebagai karya bersama.

Kemelut antara mereka timbul selepas lagu ciptaan Naim dan Omar K itu diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 34 pada 9 Februari lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sembah ini memberitahu dia enggan membiarkan kontroversi itu menganggu perjalanan karier seninya.

Lagu Sumpah menang AJL 34.

“Alhamdulillah, selepas AJL saya melihat seakan-akan semua pihak merestui apa yang saya lakukan. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar dan explore.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya hanya ingin teruskan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Saya mahu menghargai semua peminat yang banyak menyokong saya selama ini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum ❤️

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.