Perhatian rakyat Malaysia!
Ini adalah BERTA PALSU!
Mohon jangan berkongsi dan tularkan!
KEMENTERIAN Kesihatan menafikan mesej yang tular dalam media sosial hari ini bahawa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) pada Ahad ekoran penularan Covid-19.
View this post on Instagram
Perhatian rakyat Malaysia! Ini adalah BERTA PALSU! Mohon jangan berkongsi dan tularkan!
Sejak petang Ahad, tular satu infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020, 8 hingga 10 pm.
Infografik itu juga menyebut COVID-19 Hour dengan mengandungi beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.
Ia juga menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, dalam hantaran yang sama, Dr Adham menggesa rakyat Malaysia mematuhi nasihat kesihatan dan penjarakkan sosial satu meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan.
Rekod sehingga 15 Mac 2020
Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. – Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: mstar
Leave a Reply