Risau Dijangk1ti COVID-19? Ini Lapan Langkah Mudah Dan Cepat Untuk Mencegahnya!

Kes penu1aran COVID-19 semakin hari semakin meningkat di Malaysia dan di peringkat global.

Namun begitu, masyarakat dinasihatkan untuk bertenang dan tidak mudah panik. Apa yang penting ikuti langkah pencegahan dengan betul.

Ini lapan langkah mudah yang boleh anda ikuti sebagai usaha mencegah COVID-19 :

1. Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.

2. Gunakan ‘hand sanitizer’ berasaskan alkohol ketika menggunakan peralatan di tempat awam.

3. Elak sentuh permukaan yang kerap disentuh orang ramai seperti butang lif, pemegang pintu dan sebagainya (contoh : lapik dengan tisu antibakteria).

4. Pakai topeng muka (mask) apabila berada di luar, terutamanya jika anda sedang sakit.

5. Elakkan pergi ke tempat yang sesak dan jarakkan diri anda dengan orang lain (social distancing).

6. Kuarantinkan diri anda jika baru pulang dari negara yang mempunyai risik0 tinggi, pantau perkembangan semasa.

7. Minta dan berbincang dengan majikan untuk bekerja dari rumah.

8. Jika mempunyai gejala, sila jumpa doktor dan jalani pemeriksaan dengan segera.

Berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Instagram, setakat jam 8 pagi hari ini, angka kes COVID-19 kini mencecah 428 di Malaysia tanpa sebarang rekod kemat1an.

Seramai 42 orang dari jumlah itu telahpun sembuh dan telah dikeluarkan dari hospital.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Gempak via HLK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*