Syukur alhamdulillah.. one step closer 💍
#dahjaditunangawak #sayasimpancincinawak .
Perkongsian Jov revfa di instagramnya :
TIDAK berasa bimbang dengan tanggapan orang luar, usahawan kosmetik selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Z.A pada Sabtu.
“Saya dah kebal dengan kritikan. Bagi saya, bahagia itu bukan bergantung pada mulut orang lain tapi atas diri kita sendiri.
Menurut Joy, Biar lah rahsia dgn siapa joy bertunang…
.
Terima kasih joy ucapkan kepada seluruh keluarga joy, keluarga sebelah lelaki, saudara mara & sahabat2 sanggup datang dari jauh utk Majlis Pertunangan joy yg dibuat secara sederhana & tertutup di kediaman joy di Shah Alam.. Terima kasih kepada seluruh tenaga kerja yg membantu menyempurnakan majlis ini terutama kpd ibunda joy Safiah Abbas yg tak henti2 melayan anaknya ini 😅 & pihak dekorasi pelamin pertunangan yg simple tapi wow dari Fiza D’touch 😍 Mohon doa yg baik2 dari kawan2 semua semoga ikatan ini sampai ke hari pernikahan kami nanti.. amin ya rabb
.
Katanya lagi “Kalau rasa dalam tempoh perkenalan, lelaki itu tak sesuai untuk dijadikan suami dan imam, kita sebagai wanita berhak untuk memilih mana yang terbaik.
“Tak kan kita nak hidup dengan orang yang tak sesuai atau tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga,” kata Joy
Joy memuat naik foto bersama bakal suami yang ditutup wajahnya pada majlis pertunangan mereka yang diadakan pada Sabtu.
Beberapa selebriti antaranya Heliza Helmi, Lufya Omar dan bekas isteri Fizo Omar iaitu usahawan Mawar Abdul Karim turut menghadiri majlis tersebut.
Dalam pada itu, Joy memberitahu dia terpaksa merahsiakan wajah dan identiti kekasihnya kerana bimbang diganggu pihak luar.
Kata bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini, mereka berkenalan pada tahun lalu dan jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya terpaksa sorok wajah dan identiti dia sehingga hari pernikahan kami sebab takut nanti ada yang menganggu. Sebenarnya saya kenal dia pada hujung tahun lalu.
“Ketika itu, saya hadir di sebuah mesyuarat tentang perniagaan kecergasaan. Dari situ, kami berkenalan dan dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya.
“Dia seorang yang sangat jaga solat dan batas pergaulan. Sepanjang kami kenal, dia tak pernah nak bersentuhan dengan saya.
“Kami banyak berkongsi mengenai perniagaan dan kini dia salah seorang rakan kongsi dalam syarikat saya untuk kecergasaan iaitu Merve Fitness,” ujarnya.
Joy bersama keluarga kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, Joy merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas menyambut hari raya Aidilfitri.
Sebelum ini, Joy pernah menimbulkan spekulasi di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik seseorang yang dipercayai pelakon.
Bagaimanapun, Joy mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir.
Sebelum mendirikan rumah tangga dengan Hafiz Hamidun, Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: mstar
Leave a Reply