Kisah Adik Amir tularr, Sekali Michael Ang Beri Komen Padu Pasal Anak Angkat “dia tidak dapat menerima hakikat’

KISAH pemergiaan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Amir dipercayai mngsa d33ra turut menyentuh perasaan pengarah terkenal Michael Ang.

Mempunyai dua orang anak angkat yang dianggap ‘anak syurga’, Michael mengakui dia tidak dapat menerima hakikat Amir atau nama sebenarnya Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek menjadi mngsa d33ra keluarga kandungnya sendiri.

Sedih berita tersebut, pengarah drama Setelah Lafaznya Akad ini berharap apa yang terjadi kepada Allahyarham Amir itu tidak akan berlaku kepadanya atau sesiapa pun.

Amir bersama ibu angkatnya.

“Baru baca dan tengok kisah ni. Saya betul-betul tak boleh. Sebagai seorang yang ada dua orang anak syurga sendiri, saya tak boleh terima ini.

“Kalau tak mampu beri kasih sayang dan jaga anak-anak, bagi saja pada yang mampu. Mereka (anak) tak salah dan tak minta dilahirkan pun, mereka cuma minta diberi peluang.

“Saya berdoa benda ini tak akan terjadi dekat saya ataupun siapa-siapa,” tulis Michael menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Pada Jumaat, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir meningg4l dunia dipercayai akibat did33ra oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Semoga Amir bahagia di sana dan Al-Fatihah untuk keluarga angkatnya.

MICHAEL ANG

PENGARAH

Berita pemergiaan Amir telah mengejutkan keluarga angkat arwah yang telah menjaganya selama enam tahun sebelum diserahkan semula kepada ibu kandunganya sekitar Oktober 2020.

Menerusi pendedahan polis pada Sabtu, ibu kandung dan bapa tirinya juga sudah direm4n tujuh hari kerana dipercayai menjadi dal4ng di sebalik kejadian itu.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, ibu angkat Amir iaitu Norlida Abu Hassan berkata hatinya begitu luluh mengenangkan cara pemergian arwah yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri.

Foto kenangan arwah Amir bersama keluarga angkatnya.

Dalam pada itu, Michael mendoakan agar keluarga kandung yang dipercayai mend33ra kanak-kanak malang itu mendapat hukvuman yang setimpal di dunia dan akhirat.

“Semoga Amir bahagia di sana dan Al-Fatihah untuk keluarga angkatnya. Dan kalau betul keluarga kandung Amir lakukan apa yang dikatakan, saya tiada kata untuk anda tapi tunggu la bila dah jumpa Allah nanti.

“Kalau dah sanggup bunuh, saya tak rasa kalau kena duduk penjara seumur hidup pun mereka kisah!” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.