Baru Seminggu Jadi Isteri Engku Emran, Nabila Luah Sesuatu Pasal Anak Tirinya Engku Aleesya

Memiliki ahli keluarga tiri adalah perkara yang biasa berlaku jika sesebuah perkahwinan itu bukanlah kali pertama terjadi kepada seseorang.

Seperti kakak kepada selebriti Noor Neelofa iaitu Noor Nabila, beliau telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Engku Emran.

Perkahwinan tersebut pula adalah yang ketiga buat Engku Emran setelah perkahwinan terdahulu bersama primadona filem Melayu Erra Fazira, juga selebriti terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella.

Melalui perkahwinan pertama dengan Erra Fazira, Engku Emran dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Oleh itu, Aleesya kini menjadi anak tiri kepada Nabila.

Pada 30 Mac 2021, Nabila telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran Aleesya yang ke-12.

Menurut hantaran itu, Nabila menyatakan rasa syukur dengan kehadiran Aleesya dalam hidupnya dan anak lelakinya, Jebat Jayden.

“Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah.. kau serikan hidupku dan anakku dgn kehadiran Aleesya.”

Nabila juga menulis doa buat anak perempuannya itu bersempena ulangtahun kelahirannya.

“Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doanya2,sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita2nya. آمين يا رب العالمين

Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much ”

Nampaknya Nabila cukup menyayangi Aleesya seperti anak kandungnya sendiri.

Sementara itu, Aleesya juga menerima ucapan ulangtahun kelahiran di ruangan komen.

Semoga penyatuan keluarga ini dapat melahirkan rasa bahagia buat mereka sekeluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Noor Nabila

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: https://justbdallnews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.