“Dia Gemuk Lain, Dia Gemuk Ada Bendalah…!” – Fauziah Nawi Pecah Rahsia Maryam Mengandung?

Instafamous, Maryam You Narae terkejut apabila pelakon veteran Fauziah Nawi secara bersahaja mendedahkan pemilik jenama Durian Kimchi itu sedang hamil.

Malah reaksi yang dipamerkan Maryam selepas Fauziah menegur mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua, menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Fauziah yang menjadi tetamu jemputan dalam episod kesepuluh program Punchline DAC musim kedua itu pada awalnya hanya menjawab soalan hos, Datuk AC Mizal mengenai tips menurunkan berat badan.

Semuanya bermula apabila Datuk AC mula menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan gemuk, telah disambut spontan oleh Fauziah.

“Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemuk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu,” katanya menyebabkan Maryam ternganga!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Datuk AC kemudiannya bertanya kepada Maryam bagaimana Fauziah boleh tahu tentang kehamilannya, malah sempat meneka isteri kepada Rizal Ibrahim itu sedang hamil anak perempuan.

“Saya teka sahaja, mungkin saya salah,” kata Fauziah lagi. Walaupun tidak mengiyakan telahan Fauziah, Maryam berjanji akan memberitahu mengenai jantina anaknya selepas dua bulan.

“Macam mana ibu tahu baby giril? Nanti dua bulan lagi saya kasi tahu,” kata Maryam yang juga sidekick kepada Datuk AC di Punchline DAC.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut daripada pasangan Instafamous DurianKimchi.

Jika telahan Fauziah benar, tahniah daripada Gempak buat Maryam dan Rizal!

Maryam You Narae berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan berkahwin dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.

Pastikan korang tak ketinggalan untuk bersama hos kesayangan, Dato AC Mizal, Maryam dan PS Mansur kerana mereka bakal bergabung dan memeriahkan Punchline DAC dengan selebriti popular tanah air.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.