Lelaki Cina ditegvr pakai baju Melayu dengan seluar pendek, “Respect pada uncle…”

Apabila musim perayaan, bukan kaum yang meraikan sesuatu perayaan itu sahaja yang boleh mengikuti tradisi budaya masing-masing.

Hidup dalam masyarakat berbilang bangsa bermakna semua kaum dapat berkongsi kemeriahan sambutan hari perayaan seperti menghadiri rumah terbuka, menikmati juadah tradisi masing-masing dan menggayakan pakaian kebudayaan untuk menunjukkan tanda hormat serta sokongan.

Perayaan yang kita raikan tentunya menjadi lebih meriah jika kaum lain turut bersemangat memakai pakaian tradisional kita ketika hari istimewa itu.

Begitu juga yang ditunjukkan oleh seorang lelaki Cina ini apabila dia cuba berpuasa ketika bulan Ramadan.

Walaupun percubaan pengguna TikTok atas nama Bapaydence itu gagal beberapa kali di mana dia sebelum ini hanya berjaya puasa setengah hari dan pernah juga pengsan, salah satu video yang dikongsikannya menunjukkan dia berjaya juga akhirnya bertahan hingga ke waktu berbuka sementara menetap di hotel.

Apabila bapa tersebut turun ke restoran untuk berbuka puasa, dia mengenakan baju Melayu yang sama padan dengan anak lelakinya.

Namun lelaki berkenaan bertindak memadankan baju Melayunya itu dengan sepasang seluar pendek.

Selain ditegvr pengikutnya, lelaki berkenaannya juga ditegur oleh seorang pakcik di hotel tersebut yang datang ke mejanya untuk memberi tahu bahawa cara dia memakai baju Melayu adalah salah.

Lelaki berkenaan menerima teguran itu dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik berkenaan, sekali gus membuat penonton kagum dengan sikapnya itu.

”Respect pada uncle yang tegur…”

468A0D56-B94B-4385-9570-51BF4D5F8854

“Supaya adat pakaian raya melayu terjaga…”

71DCC26E-6F65-4DED-8111-B44FD9A59476288EEB7A-322C-4D9E-9F0A-5278C7377286

SumberTikTok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.