Baru-baru ini viral video keletah seorang kanak-kanak perempuan yang menyanyikan lagu ‘PKP Datang Lagi’ sambil merias wajah seorang kanak-kanak lain yang cukup mencuit hati. Video tersebut telah ditonton lebih dua juta kali di satu akaun Facebook. Namun siapa sangka disebalik keceriaan dan keletah anak ini, rupanya dia seorang anak yat1m yang baru sahaja keh1langan ayah pada Januari lalu.
Ibu kanak-kanak tersebut, Nor Riha Wagimun, 33, berkata, dia tidak menyangka video genit anak tunggalnya itu, Nur Medina Irene Mohd. Firdaus, 6, yang dimuat naik terlebih dahulu oleh salah seorang anak saudaranya menerusi aplikasi TikTok tular dalam media sosial.
“MEDINA MEMANG SEORANG ANAK YANG SANGAT CERDIK DAN MENGHIBURKAN. SEJAK MEDINA KEHILANGAN AYAHNYA PADA 16 JANUARI LALU AKIBAT SER4NGAN JANTUNG, DIA YANG MENJADI PENYER1 DAN PENEMAN HIDUP SAYA.
“Saya sendiri tidak menyangka video itu akan menjadi tular dan sejak itu Medina selalu menerima kiriman hadiah daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Raja Alias 4.
Aktiviti Masa Lapang
Tambah Noriha, Mediana memang menggemari aktiviti permainan solekan malah seorang lagi kanak-kanak di dalam video itu merupakan sepupu anaknya itu yang sering menjadi ‘mangs4’ solekan.
“Kadangkala dia solek muka sendiri dan kadangkala dia solek muka sepupunya yang tinggal bersama kami.
“Sekarang sedang PdPR, jadi selepas membuat kerja sekolah, tidak boleh nak keluar berjalan dan dia mengisi aktiviti masa lapang dengan membuat video dan bermain bersama sepupunya,” katanya lagi.
Pernah Jalani Kuarantin
Dalam pada itu, dia mengingatkan orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya sentiasa berhati-hati di musim wab4k Cov1d-19.
“Cov1d-19 tak mengenal usia apatah lagi kanak-kanak kecil, kalau boleh janganlah bawa mereka keluar.
“Kita yang dewasa pun ada ketika cul4s menjaga SOP, apatah lagi anak-anak. Mereka adalah tanggungjawab kita dan kita harus memastikan mereka terhindar dari wab4k ini,” katanya yang turut memberitahu dia dan Medina pernah melalui proses kuarantin kerana menjadi kont4k rapat kepada pesak1t Cov1d-19.
Sumber:mingguan wanita
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber : http://www.dnq.pw/
Leave a Reply