Amyra Rosli dikrit1k gara gara promosikan durian. Sekali Amar Baharin tampil backup isteri.

Menerusi perkongsian sama, Amar turut memuat naik tangkap layar komen neg4tif daripada warganet yang mendkwa Amyra menunjuk-nunjuk sedangkan ramai yang tidak mampu membeli buah tersebut berikutan harga yang mahal.

 

“Makan sorok-sorok, usah tunjuk-tunjuk. Kasihan yang teringin tapi tak mampu,” tulis seorang warganet. “Betul tu. Bukan neg4tif, kasihan kat orang yang teringin tapi tak mampu. Ramai artis kayangan yang tak sens1tif dengan keadaan rakyat. Durian pun nak buat review ke?” soal seorang lagi warganet.

Tampil mempertahankan isterinya, pelakon drama Hati Yang Dikhian4ti itu berkata, tiada orang lain yang akan membantu melainkan kita sesama sendiri. “Keinginan dan kemampuan adalah dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan (keperluan). Kami pun banyak perkara yang diinginkan tapi tak mampu. Takde pula kami marah penjual Vellfire Royal Lounge. Kami beli Bezza saja. Janji boleh keluar cari rezeki, muat bawa keluarga. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Pada masa sama, Amar mengambil kesempatan memberi sedekah buah durian yang dipromosikan Amyra kepada dua orang pengikutnya yang bertuah. “Kalau teringin makan durian, belilah ikut kemampuan. Kan ada banyak jenis durian? Tak semestinya kena beli durian yang premium macam @dooran.dooran.co. Kami faham situasi sekarang yang agak tertekan. Harap semua tingkatkan kesabaran untuk sama-sama atasi masalah p4ndemik ini. Kalau ada yang betul-betul teringin nak rasa durian ini, saya boleh sedekah. Tapi tak banyaklah sebab saya pun tak mampu. Nanti saya pilih dua orang yang bertuah,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.