Pelakon jelita Mawa Rashid dapat suprise sempena Anniversary

Mawa Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri binti Wan Abdul Rashid mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014. Pelakon jelita itu merupakan bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

Sempena ulang tahun perkahwinan yang keempat, pasangan Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob kelihatan menyambutnya dengan penuh romantis.

Wan Mawar Shaputri atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid, bersyukur dapat memiliki rumah baharu hasil titik peluh dalam industri hiburan mahupun perniagaan selama ini.

“Terima kasih buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat kejutan macam ni. Sangat bermakna. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi gembira dapat beli rumah ni sebab hasil titik peluh kita berdua.

“Kita je faham betapa berusaha kerasnya kita, kerja siang malam, jatuh dan bangun, nak bahagikan masa lagi dan perkara lain lagi. Tapi syukur alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita,” tulisnya.

Mawar Rashid memuat naik video itu di laman media sosialnya yang memaparkan suaminya memimpin dia ke rumah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Tambahnya lagi, momen itu mengingatkan kembali kepada momen ketika dia dilamar oleh Raf empat tahun dahulu.

“Anje sangat menghargai kesungguhan abang. Terima kasih buat Anje gembira. Kenangan yang Anje takkan lupa. Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Dulu tu masa dilamar memang la ‘sweet’ tapi Anje macam takde perasaan sangat, macam blur2 sebab baru kenal abang beberapa bulan kan.

“Tapi keju.tan kali ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam perasaan lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang.. kita pun dah melalui pelbagai macam-macam bersama,” luahnya.

Dalam pada itu, Raf juga mengatakan kenangan dia melamar Mawar itu masih segar dalam ingatannya walaupun sudah empat tahun berlalu.

Komen Netizen:

 

 

Untuk info, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 3, dan Raden Seri Rossabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.

Mawar juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela menerusi perkahwinan terdahulu suaminya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: TTK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.