‘Sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu?’ – Sanusi

Kempen TM Piala Malaysia telah menaburkan tirainya semalam  di mana KL City FC telah dinobatkan sebagai juara setelah menanti selama 32 tahun

KL City mengakhiri penantian selama 32 tahun untuk muncul juara piala berprestij itu selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil.

Kemenangan itu juga telah mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor yang mengucapkan Tahniah kepada KL City FC atas kejayaan menjulang Piala Malaysia edisi ke-100 semalam

Beliau tumpang gembira bersama peminat bola sepak di negara ini dengan kejayaan KL City FC menewaskan Johor DT yang pernah menjuarai piala tersebut pada tahun 2019.

“Tahniah KL City, saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira,” katanya menerusi status Facebook semalam.

Tidak berakhir di situ, beberapa minit kemudian Muhammad Sanusi memuat naik satu lagi status  di Facebooknya seolah-olah menyindir skuad Harimau Selatan itu.

“Sapa (Siapa) ada gambaq (gambar) rimau (harimau) jalan tersipu-sipu?” katanya yang turut disertakan dengan emoji ketawa.

Pada perlawanan akhir itu,  KL City mengejutkan JDT hasil jaringan pertama hasil sentuhan Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kedua oleh kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

Zhafri juga dinobatkan sebagai pemain terbaik  pada perlawanan penutup tirai Liga Malaysia musim ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.