“Bad Tak Suruh Saya Kerja Dan Juga Menghalang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjelas Kekeliruan

Penyanyi Ashira menjelaskan dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.

Penjelasan tersebut dibuat Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Insta Stories semalam.

Ia dipercayai susulan tindakannya yang difahamkan telah bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor.

Meski berterima kasih atas keprihatinan semua, penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah itu bagaimanapun memohon agar tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.

“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?

“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.

Ashira pada masa sama menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini. 

“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.

“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” tulisnya.

 

Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipot0ng akib4t peny4kit diab3tes yang dialami.

 

Sumber : MH

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.