Seorang bapa menangis apabila lihat kereta baru masuk halaman, terkelu bila tahu kejutan dikirim anak yang jauh

Bapa mana yang mampu menahan air mata tatkala menerima hadiah yang bermakna yang diberi daripada si anak.

Begitulah juga situasi yang dilalui oleh seorang insan ini sehingga dia menjadi kelu seribu bahasa dek kerana sangat terharu dengan kejutan hadiah daripada anaknya.

Ditemu bual dengan Mstar, gadis bernama Wan Nur Syaidatul Amirah Wan Ahmad berkata, kejutan tersebut merupakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora pemberian daripada abang keduanya.

Gadis ini menceritakan lagi, kejutan ini untuk bapanya yang bernama Wan Ahmad Wan Ibrahim, 70, bukanlah sempena hari lahir atau sambutan istimewa lain, tapi sebaliknya ia sebagai hadiah buat seorang insan ynag sudah banyak berkorban untuk anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aimullah Hanis (@aimullah_proton)

Senang disapa Amirah, dia berkata ayahnya menpunyai sebuah kereta Proton Saga. Tapi kereta itu telah hampir 20 tahun bapanya guna dan berkhidmat untuk keluarganya.

“Biasalah kereta lama, selalu meragam. Baiki pun tetap akan meragam semula. Saya ingat lagi, masa saya belajar di kolej matrikulasi, ayah tidak matikan enjin bila hantar atau jemput saya pulang kerana bimbang ia sukar nak dihidupkan semula.

Tambah Amirah, segalanya bermula selepas ayahnya menghantar abang pulang ke lapangan terbang tiga tahun lepas kerana abangnya itu menetap di Sarawak. Dalam perjalanan hendak pulang daripada lapangan terbang keretanya meragam.

“Dari situ abang tekad hendakkumpul duit dan hadiahkan kereta baru untuk ayah. Kini sudah pun tertunai,” ujar Amirah.

Bercerita mengenai berita kejutan tersebut, Amirah berkata pada awalnya merahsiakan perkara tersebut daripada adik-beradik yang lain.

“Di grvp ‘whatsapp’, abang ada hantar foto dan tnya ‘cantik tak kereta ini?’. Tapi dia tidak ceritakan panjang lebar. Tapi saya boleh hidu rancangannya itu.

“Walaupun jarak umur jauh lebih 20 tahun namun kami rapat. Tekaan saya hampir tepat selepas dia tnya kepada saya mengenai tarikh lahir ayah. Saya rasa hairan kerana tarikh lahir ayah dah lepas. Rupa-rupanya tarikh itu dia nak abadikan di nombor pendaftaran.

“Tapi bila ditanya, dia enggan cerita.. dia cuma minta doakan yang baik-baik saja. Tapi yng benar-benar buat saya boleh teka bila dia minta salinan kad pengenalan dan lesen ayah. Akhirnya kami dapat tahu kereta tu kejutan buat ayah.” ujar Amirah.

Menurut Amirah, kejutan itu dijayakan oleh penasihat jualan Proton yang menghantar hadiah kereta tersebut ke rumah ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan pada 11 Disember lalu.

“Ketika diminta untuk buka kotak hadiah yang berisi kunci kereta itu, wajah ayah dah lain. Bila kereta dibawa masuk halaman rumah, ayah tidak dapat tahan terharu dan sebak. Ayah menangis sampai tidak mampu nak bagi ucapan. Umi yang wakilkan untuk bagi ucapan sebagaimana dalam video yang telah dimuat naik di Tiktok,” Ujar anak kelima itu daripada tujuh adik beradik.

Amirah berkata lagi, abang keduanya itu merupakan seorang pegawai polis itu adalah abang yang bertanggungjawab kepada keluarganya.

“Abang bnyak bantuk menyara keluarga, lebih-lebih lagi selepas ayah pencen sebagai pesara kerajaan. Dia tidak benarkan ayah bertukang sebab dah berusia. Kiranya abang lah pengganti kepada ayah untuk menyara keluarga.

“Abang selalu menasihati kami jangan lupa umi dan ayah, dan sentiasa mendahulukan mak ayah.. dia memang jadi idola saya.

“Sebagai seorang anak, selagi mempunyai ibu bapa, Kita wajib berbakti walaupun kita bukan orang senang dan bergaji kecil. Tapi bila kita kongsikan bersama ahli keluarga lagi berkat walau sedikit, ujar Amirah yang juga sedang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam jurusan Sains Marin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.