13 sungai berada di paras bahaya – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

Setakat pagi ini, sebnyak 13 sungai telah berada pada paras bahaya dan amaran. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata, daripada jumlah 13 sungai yang berada di paras bahaya iaitu sembilan di Pahang, dua di Kelantan dan masing- masing satu di Selangor serta Johor.

“Sebanyak 10 sungai berada pada paras amaran, iaitu masing-masing dua di Pahang, Kelantan, Melaka dan Sarawak. Masing-masing satu di Selangor dan Johor.

Menurut laporan BH, Tan Sri Acrly berkata laporan ini diterima daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 2.30 pagi tadi, hari ini.

Tambah beliau lagi, sebanyak 137 jalan masih ditutup di empat negeri iaitu 120 jalan di Pahang; 12 jalan di Selangor, 3 di Kelantan dan 2 di Negeri Sembilan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.