7 bulan hamil, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital, Harris Alif jalani kuarantin di rumah

Sudah 7 bulan usia kandungan, pelakon Intan Ladyana telah disahkan positif COVID-19 dan dikejarkan ke hospital Sg Buloh pada malam, Rabu.

Selain Intan, suaminya juga yang merupakan aktor dan pengacara Harris Alif turut dijangkiti wabak tersebut selepas mengalami demam sejak Isnin.

Menurut laporan mstar, ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid berkata, Intan perlu dikuarantin di hospital kerana doktor dan jururawat perlu pantau keadaan Intan setiap masa.

“Kedua-dua mereka mula demam pada Isnin. Ingatkan cuma demam biasa, tapi keesokkan harinya pun masih demam. Jadi, saya minta mereka buat swab test.

“Malam tadi, ambulans datang ambil Intan untvk dibaawa ke hospital svpaya senang jururawat dan doktor nak tengokkan keadaan Intan dan bayi dalam kandungan.

“Manakala suaminya hanya perlu kuarantin di rumah seorang diri,” kata Khalizah. ketika dihubungi mstar. pada Khamis.

Terdahulu, Intan telah berkongsi menerusi instastory miliknya yang memperlihatkan dia berada dalam ambulans pada Rabu.

Dalam pada itu, Khalizah turut berkongsi keadaan mereka yang tidak mengalami simptom yang tervk memandangkan mereka sudah lengkap vaksinasi.

“ALhamdulillah.. pagi tadi Intan dan Harris ada hubungi saya memaklumkan keadaan mereka baik-baik sahaja. Doktor pun dah periksa keadaan Intan dan bayi.

“Mereka berada dalam keadaan yang baik dan tiada simptom yang teruk. Intan dan harris pun sudah lengkap vaksinasi, harapnya mereka semakin baik.

Tambah Khalizah, setiap masa dia akan periksa keadaan mereka berdua, Oleh kerana Harris dikuarantin di rumah, Khalizah akan masak dan letak makanan di depan rumah Harris.

Sementara itu, Harris ketika dihubungi mstar, sempat dia memberi bahawa dia dan isterinya berada dalam keadaan yang baik.

“Saya dan isteri disahkan positif Covid-19. Tapi Intan sahaja yang kena bawa ke hospital sebab dia sedang hamil. Alhamdulillah, semuanya masih dalam keadaan yang baik,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.