4 Cara Mudah SAPUAN Pemerah Pipi – Langkah & Teknik Mengikut BENTUK Wajah. Rugi Tak Cuba!

Ramai di antara kita yang memakai pemerah pipi tetapi kadangkala tidak betul dan terlebih pula. Ketahuilah yang ini juga memerlukan sedikit teknik aplikasi dan juga mengikut bentuk wajah anda.

Mari Hijabista berikan panduan mudah ini.

1. Aplikasi klasik

Aplikasi: Sapukan pemerah pipi di bahagian atas tulang pipi anda. Bermula dari anak rambut dan ratakan ke depan sehingga ke puncak tulang pipi.

Bentuk wajah: Sesuai untuk semua bentuk wajah.

Hasil: Natural dan memberi definisi kepada pipi anda.

2. Healthy glow

Aplikasi: Sapukan pemerah pipi di puncak tulang pipi anda di dalam gerakan membulat. Jangan terlalu pekat ya!

Bentuk wajah: Sesuai untuk mereka yang berwajah panjang; cara ini ‘melebarkan’ wajah & berwajah triangular; bahagian atas wajah tidak lagi menjadi fokus.

3. Highlighter

Aplikasi: Sapukan pemerah pipi di bahagian atas tulang pipi (jangan sehingga memasuki kawasan bawah mata). Kemudian ratakan ke atas ke arah tepi dahi.

Bentuk wajah: Sesuai untuk semua bentuk wajah.

4. Sculpting

Aplikasi: Mulakan sapuan di bahagian anak rambut (di tengah-tengah telinga) dan ratakan sehingga ke mulut bagi memberi bentuk kepada pipi.

Bentuk wajah: Sesuai untuk mereka yang berwajah bulat dan square kerana ini memberi ‘kepanjangan’ kepada wajah dengan mengurangkan saiz pipi.

Jadi, selepas ini perhatikan bentuk wajah anda baru mulakan aplikasi dengan empat teknik di atas. Selamat mencuba!

Sumber: Hijabista