5 Selebriti Yang Dulunya Popular Tapi Kini Menghilang Tanpa Berita. Ikuti Perkembangannya!

Nama-nama selebriti ini bukanlah asing dalam industri seni hiburan. Mereka pernah popular dan merangkul pelbagai anugerah bintang popular suatu ketika dahulu. Seperti kata pepatah, langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya.

Begitulah terjadi pada selebriti ini, di mana mereka menghilang senyap seribu bahasa. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri sebab mereka meninggalkan dunia glamour ini.

1. Anita Sarawak

Kali terakhir Anita muncul membuat persembahan adalah ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada April 2011.

Hanya dua hari sebelum berangkat, Anita yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Nita menemui ahli keluarga untuk menyatakan hasratnya pulang ke Las Vegas.

Selepas itu, bayangan Anita tidak lagi menjelma malah kehilangannya menjadi tanda tanya kepada ramai.

Lebih menyedihkan, Anita tidak pulang untuk memberi penghormatan terakhir ketika ibu tirinya, Allahyarham Datin Umi Kalthum mennggal dun1a dalam tidur pada Ramadan 2014.

2. Waheeda

Penyanyi dan pelakon terkenal Waheeda yang pernah popular dengan lagu wassini dan berlakon dalam filem anak mami dan jutawan fakir antara selebriti yang lama menghilang.

Selepas berkahwin, Waheeda yang juga merupakan isteri kepada pendakwah selebriti terkenal Ustaz Akhil Hayy, menumpukan sepenuh masa bersama keluarga.

3. Juliana Banos

Juliana Banos merupakan seorang penyanyi dan pelakon di bawah label KRU pada suatu ketika dahulu. Dahulu lagu yang dinyanyikan oleh beliau mendapat tempat di hati peminat dan menjadi siulan remaja ketika itu.

Walaubagaimanapun, bintang yang tengah bersinar menjadi suram selepas dia berhenti menyanyi setelah berkahwin dengan suaminya Mokhtar Ahmad 12 tahun yang lalu. Bapa Mokhtar Ahmad, Datuk Ahmad Kemin merupakan pengasas Mutiara Motors. Kini suami Juliana merupakan pengarah urusannya.

4. Nasha Aziz

Suatu ketika dahulu, nama Nasha Aziz, cukup menjadi perhatian ramai. Apatah lagi bekas model tinggi lampai ini mempunyai raut wajah yang cukup cantik.

Justeru tidak hairanlah apabila Nasha berdiri sama tinggi dengan beberapa selebriti cantik lain seperti Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi ketika zaman kegemilangannya.

Namun kini, Nasha seolah-olah tidak begitu aktif dengan dunia glamour dan mengambil langkah menjauhkan diri dari media tempatan dan peminatnya.

Dia pernah mengakui masih belum sedia untuk ‘bersara’ sepenuhnya dari dunia lakonan tetapi dia sibuk menguruskan perniagaan membabitkan bidang kecantikan, fesyen dan korporat.

5. Hairie Othman

Pelakon Hairie Othman menamatkan kerjaya lakonannya selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas. Beliau kini memandu GrabCar selepas hampir lima tahun tidak menerima tawaran berlakon.

Hairie, 45, berkata memandu GrabCar menjadi pendapatan sampingan selepas kerjaya seninya “digammm” kerana berada di pentas politik.

Sudah 7 Tahun Pelakon Senior Hairie Othman Menyepi Dari Dunia Lakonan. ..Jom kira baca lagi selain GrabCar Apa Yang Dilakukannya Sekarang.

Pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman sudah 5 tahun menyepi dalam industri lakonan berikutan dirinya pernah terbabit dalam dunia politik suatu ketika dahulu sehingga tidak lagi mendapat tawaran berlakon oleh pihak produksi.

Jelas Hairie, walaupun dia sudah mengumumkan dirinya tidak lagi terlibat dalam mana-mana parti politik menerusi status Fcebook, namun masih ramai yang meragui dan tidak yakin untuk mengambilnya berlakon.

Namun, untuk meneruskan kehidupan, Haire terpaksa mencari pekerjaan lain dan memilih untuk menjadi pemandu Grab car. Sejurus gambarnya v1ral di med1a s0s1al selepas seorang penumpang menyedari statusnya sebagai artis, ramai wartawan menghubunginya untuk mengetahui perkembagan terbaru.

Jelas Hairie, dia akui rindu untuk kembali berlakon namun masih tiada rezeki disitu.

“ Saya pernah mengubungi pengarah drama yang saya kenal untuk mengambil saya berlakon tetapi nama saya pernah ditolak 3 kali”

“ Saya harus melakukan apa-apa pekerjaan sekalipun asalkan ia halal”

Hairie jelas sedih dengan nasib yang menimpanya namun terpaksa kuatkan diri untuk menanggung isteri dan 3 orang anaknya agar tidak hidup melarat.

Hairie Othman belajar ilmu agama sampai ke India.

Lima tahun tidak aktif berlakon, Hairie Othman, 45, menggunakan tempoh berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Malah, bintang Leftenan Adnan itu juga sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta itu turut aktif bersama sebuah parti politik.

“Ketika itu, saya belajar bersusah-payah demi agama. Dalam hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kesenangan takkan datang tanpa kita berusaha.

“Sesuatu yang saya belajar ketika mendekatkan diri dengan hal kebaikan ialah kita tak perlu menghvkum atau menghakimi orang. Usaha berdakwah ini lebih kepada mengajak orang kepada kebaikan. Kita bukan badan kehakiman yang menentukan sesuatu perkara.

“Saat ini juga, dalam sebulan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke jalan Allah,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online baru-baru ini.

Ketika beliau cuba mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, Hairie turut menyatakan keinginannya untuk kembali berlakon.

Selepas mencuba pelbagai pekerjaan, jiwanya masih dekat dengan lakonan yang diceburi sejak hampir dua dekad. Waris terbitan Filmscape Sdn Bhd menjadi drama terakhir lakonannya yang menemui khalayak, iaitu menerusi TV3 pada Jun 2012.

“Saya memang ingin kembali berlakon dan semestinya saya berasakan kerinduan untuk berbuat demikian,” katanya yang kini bahagia dengan perkahwinan keduanya, yang sudah hampir lima tahun usianya.

Menerusi perkahwinan pertama, Hairie dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Dini Marinie, El Farish Kamil dan El Harith Kamil.

Paling terkini kemunculan Hairie dlm Polis Evo2 mengejutkan peminatnya.

‘Seperkara yang membuatkan penulis merasakan impak Polis Evo 2 apabila tiga bintang senior yang pernah mencipta kegemilangan mereka di layar perak iaitu Erra Fazira, Hairie Othman dan Rusdi Ramli berkongsi babak’.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply