6 Hidangan Sihat Tanpa Santan. Cara Selamat Nak Kekal Fit!

0
197

Satu cara selamat dan tidak perlu berbelanja besar untuk tubuh sihat dan fit adalah melalui pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi secara rutin. Sebagai permulaan kita cuba beberapa resipi sihat yang disediakan oleh Nurul Izzah dan Asap Steamboot & Grill sebagai panduan untuk anda sediakan sajian keluarga di rumah.

IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
  • 1 batang serai | hiris serong
  • 1/2biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 4 biji cili padi | ketuk
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1/4 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • 2 helai daun limau purut | buang urat
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1/2 sudu makan kicap cair
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
  • Garam, gula, dan perasa secukupnya
  • Daun ketumbar, daun bawang | hiris untuk hiasan

CARA MEMASAK:

1.Didihkan air dalam periuk pengukus.

2.Sementara itu sebahagian bahan hirisan di dalam pinggan pengukus, kemudian letakkan ikan di atasnya dan taburkan lagi bahan hirisan yang tinggal.

3.Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair dan taburkan kiub pati ikan bilis.

4.Sebelum masukkan dalam pengukus tambahkan sedikit air.

5.Kukus lebih kurang 6-10 minit atau hingga ikan masak.

6.Sebelum angkat, masukkan air bancuhan tepung jagung, gula, perahan jus limau kasturi dan garam jika perlu.

7.Biarkan 1-2 minit kemudian angkat dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang.

8.Sedia dinikmati.

INFO CHEF:

Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili.

….

TAUHU BAKAR

i

BAHAN – BAHANNYA:

  • 6-8 biji tauhu pok | saiz empat segi
  • 1/2 biji sengkuan | parut halus
  • 1/2 batang timun | buang ini tengah dan parut halus
  • 1/2 batang lobak merah | parut halus
  • 1/2 cawan tauge | buang ekor, celur seketika dan tos
  • 2-3 biji cili padi | hiris jika perlu

BAHAN SOS:

  • 1 cawan kacang tanah | goreng tanpa minyak & kisar kasar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 2 ulas bawang merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • Garam, gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1.Panggang atau bakar tauhu dalam ketuhar atau di atas kuali biasa.

2.Belah empat tidak putus permukaan tauhu dan sumbatkan di dalamnya dengan campuran hirisan sayur tadi. Ketepikan

3.Sementara itu masukkan pes cili kering dalam periuk bersama sedikit air, air asam jawa, gula dan sedikit garam.

4.Didihkan hingga kuah pekat.

5.Sebelum angkat, pastikan rasa manis, masam dan masinnya cukup.

6.Tuangkan dalam mangkuk dan taburkan kacang tanah di atasnya. Atau boleh gaulkan sekali.

7.Hidangkan bersama tauhu bakar tadi.

INFO CHEF:

Selain tauhu bulat boleh juga guna tauhu biasa, tetapi goreng dan bakar dahulu sebelum disumbat.

…..

DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | bersihkan dan tos

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • 150gm asam jawa
  • 3cm belacan | bakar
  • Air suam secukupnya
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
  • 15 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.

2.Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.

3.Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.

4.Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.

5.Sementara itu siapkan air asam.

6.Bancuh asam jawa dengan air suami. Kemudian buang biji.

7.Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.

8.Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.

9.Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.

10.Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.

TOMYAM STEMBOAT

BAHAN-BAHAN:

BAHAN SEAFOOD

  • 1 ekor ketam | bersih dan toskan
  • 100gm lala | bersih dan tos
  • 100gm kerang | bersih dan tos
  • 100gm kepah | bersih dan toskan
  • 100gm pepahat | bersih dan toskan

BAHAN SAYURAN:

  • 1 pokok sawi Fat Choy
  • 1 biji tomato | belah empat
  • Sedikir hirisan cili benggala hijau, kuing dan merah
  • Cendawan jarum mas
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • Seddikit minyak masak
  • Air stok ayam
  • 2 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji tomatai,
  • 4 biji cili padi | jika ingin lebih pedas boleh tambah
  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2cm lengkuas

BAHAN TITIK:

  • 2cm lengkuas
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai | titik
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi.

2.Masukkan serai titik dan daun limau purut bersama air rebusan stok ayam secukupnya, kemudian biarkan tomyam mendidih lebih kurang 3-4 minit.

3.Lengkapkan rasa dengan jus limau nipis, garam dan perasa secukupnya,

4.Seterusnya masukkan ketam, udang dan bahan seafood yang lain.

5.Setelah bahan seafood masak, masukkan bahan sayuran.

6.Kecilkan api dan biarkan tomyam mereneh.

7.Taburkan hirisan daun ketumbar di dalam tomyam sebelum dhidangkan.

8.Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau aneka mi.

INFO CHEF:

Untuk lebih masam dan pedas boleh tambah cili dan jus limau nipis.

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG BERSAMA NANAS MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung | bersih dan toskan
  • 2 potong nanas madu | hiris nipis
  • 1 kumtum bunga kantan | belah dua
  • 4 tangkai daun kesum
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 batang serai | titik
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm belacan

CARA MEMASAK:

1.Masukkan bahan kisar, air asam jawa dan serai yang dititik dalam periuk.

2.Tambah air secukupnya dan biarkan mendidih.

3.Seterusnya masukkan ikan kembung, nanas, bunga kantan, daun kesum dan asam keping..

4.Biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.

5.Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.

6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF:

Selain ikan kembung, ikan pari juga enak dimasak asam rebus.

PECAL SAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm kangkong | potong 3cm
  • 100gm kacang panjang | potong 2.5cm
  • 150gm tauge | celur
  • 1/2 batang timun | hiris memanjang
  • 1/2 biji sengkuang | hiris memanjang
  • 1 paket tempe | goreng dan potong dadu
  • 1 keping tauhu | goreng dan potong dadu

BAHAN-BAHAN KUAH KACANG:

  • 1.cawan kacang tanah | goreng tanpa minyak & kisar kasar
  • 2.5cm belacan | bakar
  • 10 biji padi | buang tangkai
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 2cm cekur kecik | hiris
  • 80ml air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
  • Air suam secukupnya | untuk membancuh

CARA MEMASAK:

1.Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih celur bahan sayur, mula dengan tauge, diikuti kacang panjang dan kangkong. Angkat dan toskan.

2.Potong sayur yang dicelur dan ketepikan bersama hirisan timun, sengkuang, temped an tauhu goreng.

3.Untuk menyediakan kuah kacang. Panaskan sedikit minyak, gorengkan hirisan bawang merah, bawang putih, cekur dan cili padi hingga layu. Kemudian angkat.

4.Bahan yang dgoreng ini dikisar hingga lumat bersama garam dan gula secukupnya.

5.Seterusnya masukkan air asam gaul sebati.

6.Akhir sekali masukkan kacang yang telah dikisar kasar. Gaul rata dan sebati.

7.Bancuh pes kacang dengan air suam sesuai dengan kepekatan yang diperlukan.

8. Masukkan sayur-sayuran di dalam pinggang dan hidangkan dengan kuah kacang.

INFO CHEF:

Untuk lebih pedas boleh tambah cili, begitu juga dengan isian. Boleh tambah telur atau mi.

RESIPI: NURUL IZZAH KATERING &ASAP STEAMBOOT & Grill

Sumber: Rasa 

Sumber: viwanita