Abby Kongsi Foto Tahun 2012 Untuk Naikkan Semangat Turunkan Berat Badan

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi telah berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram (IG) miliknya yang dirakam pada tahun 2012.

Menerusi entri tersebut, rata-rata peminatnya berkongsi tips untuk Abby terus berusaha menurunkan berat badannya.

Bila nak kurus ni.Coach Tolonggggg! 

Saja lalukan gambar 2012 ni untuk naikkan semangat. Mohon doa ye. Nak kurus tak nakk gemuk,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar Abby terus bersemangat untuk kurus dan ada juga diantara mereka berkongsi tips yang pernah dilakukan sebelum ini. Ada di antara netizen yang menyesyorkan kepada Abby supaya mengelakkan daripada makan nasi, mengamalkan makan buah buahan, minum air green tea dan sebagainya.

Mlm kalau blh jgn sentuh nasi dik.

Puasa yg IF tu sis…insyaAllah…

try buat juicing… tolak processed food, ambil real food…

mmg berkesan ni sy pun amalkan as a lifestyle

jangan makan nasi mlm dan siang mkn sayuran buah sure kurus

abby, ingat 4 petua ni… jgn makan nasi. Nasik jgn makan. Nasi makan jangan. Makan nasi jangan

Amalkan minum green tea before tidoqqq

Apa-apapun kami doakan semoga Kak Abby berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: gempak