Ahli Keluarga Ada Yang Lelah? Pastikan Buat 5 Ni, Untuk Elak Rumah Berhabuk!

0
165

Sekiranya salah seorang ahli keluarga anda ada yang mengalami lelah atau juga dikenali dengan penyakit asma, pasti bab kebersihan akan menjadi keutamaan yang perlu diberi perhatian.

Terutamanya dalam hal habuk, memandangkan pesakit asma sangat allergik dengan habuk yang mana boleh menyebabkan gangguan pernafasan berlaku.  Malah jika ruang kediaman dipenuhi habuk, bukan sahaja yang orang yang sakit bertambah sesak nafaz, malah orang yang sihat juga boleh terjejas tahap kesihatannya jika setiap hari berada di dalam ruang yang tidak bersih.

Nyata sekali, habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.

Cara Elak Rumah Berhabuk

1. Kurangkan peletakan hiasan atau  peralatan yang boleh  memerangkap habuk di dalam kediaman.

2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.

3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain. Namun jika ingin juga menggunakan langsir, pastikan kerap dibersihkan ataupun dicuci.

4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.

5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung  sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.

Ekstra Info!

Ada  3 Punca Rumah Senang Berhabuk

1.  Penggunaan kipasMemang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
2.  Jarak rumah terlalu hampir dengan jalanIni juga menjadi punca rumah lebih mudah terdedah dengan habuk. Apa yang perlu dilakukan pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.
3. Dekat dengan kawasan pembinaanIni tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan kediaman pasti memberi kesan. Biasanya jumlah habuk yang ‘singgah’ di dalam kediaman akan bertambah dua  hingga tiga kali ganda daripada sebelum projek dijalankan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: limaumanis