Anda Ada Ulser Di Mulut? Ini 5 Cara Untuk Merawatnya Daripada Ianya Terus Berlarutan

Ulser Di Mulut Memang Membawa Masalah. Ini 5 Cara Untuk Merawatnya.

Kalau ada ulser di mulut tu rasa macam nak menangis je kan? Dah la susah nak makan lepas tu bila nampak makanan kegemaran tapi dapat tengok je sebab fikirkan kalau makan ni mesti rasa sakit

Ulser ni boleh kena pada mana-mana bahagian lidah, bibir atau sekitara tekak. Korang mesti pernah kena mana-mana bahagian ni kan ?

Nak tunggu ulser ni pulih ambik masa satu ke dua minggu, lama juga lah nak tahan sakit tu.

Jadi admin kongsikan beberapa tips untuk cegar ulser di mulut dari berlarutan dan mungkin boleh pulihkan lebih cepat.

#1.Air garam
Air garam dapat mengurangkan sakit dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari sahaja.

#2.Air kelapa
Kenaikan suhu badan juga boleh jadi penyebab berlakunya ulser. Jadi, kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

#3.Marjerin
Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser di mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

#4.Madu
Bahan pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

#5.Soda penaik
Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Harap cara ini dapat sedikit sebanyak membantu kita mencegah ulser di mulut ini dari berlarutan. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : nakbebel via AirSoya via LubukMaklumat.com