Bahaya Guna Gincu ‘Tester’.. Jangan Abaikan

Kaum wanita selalunya kerap meminjam atau menukar produk kecantikan terutamanya lipstik. Kebanyakan wanita kadang suka meminjam atau mencuba pelbagai lipstik di kedai untuk mendapatkan warna bibir yang mereka idami. Lagi teruk kalau jenis main sapu yang kawan punya tanpa meminta izin.

Tolong ya, perkara ini mempunyai kesan yang buruk. Ini kerana tekstur lipstik yang lembap menjadikan bibir adalah tempat yang sempurna bagi bakteria untuk membiak dan berkembang.

Jadi tak payahlah baik hati untuk pinjamkan lipstik kepada orang lain, sila beringat sebab ini memudahkan bakteria dari lipstik berpindah dari satu bibir ke bibir yang lain.

Di dalam bibir terdapat pembuluh darah yang sangat luas di permukaan kulit yang sangat halus. Walaupun lipstik kepunyaan kita sudah digunakan oleh orang lain ketika beberapa minggu yang lepas, ternyata bakteria dan virus masih terdapat di dalam lipstick itu sendiri.

Virus yang boleh dikategori sebagai virus kuman ini boleh berjangkit melalui ciuman dengan penghidap herpes.  Menurut wanita berkenaan, selepas pemeriksaan, beliau didapati tidak pernah menghidap herpes sebelum dia melawat Sephora.

Namun selepas mencuba sampel yang tersedia di premis berkenaan, beliau mengalami keradangan di bahagian bibir.

Jadi, anda yang nak mencuba sesuatu di premis kosmetik selepas ini diminta lebih berhati-hati. Ini kerana kebanyakan kedai ada mengingatkan pelanggan tentang faktor kebersihan ini. Malah mereka tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelanggan mereka.

Jika anda tidak pasti, minta bantuan promoter yang ada di premis-premis kecantikan ini ye, dan sentiasalah berhati-hati dalam memilih produk atau mencubanya di kedai. Lagi-lagi yang jenis boleh meresap ke kulit.

Selepas ini, tolonglah lap dulu gincu yang anda nak cuba itu ye…Tak pun, mintak promoter tu bersihkan dulu kalau anda takut rosakkan gincu ke make up yang nak dicuba..

Lebih baik mencegah daripada mengubati, betul tak? 

Dan jika anda menggunakan semula listik tersebut, ini membolehkan anda dijangkiti penyakit berjangkit seperti bibir pecah, bibir menggelupas dan lain-lain.

Jadi wanita-wanita, sila beringat sebelum penyakit singgah!

Video:

Sumber: Limaumanis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat