Baru Kahwin Empat Hari, Kaka Azraff Dedah Sikap Sebenar Suami

Kaka Azraff dan Adam Azriff disatukan sebagai suami-isteri pada Jumaat lalu. FotoInstagram @kakaazraff

BARU empat hari bergelar isteri, penyanyi Kaka Azraff berkongsi sikap sebenar suaminya, Adam Azriff di Instagram.Kaka memberitahu dia sudah mengenali salah satu sikap suaminya yang seorang Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Menerusi video yang dimuat naik di Instastory, Adam dilihat mengemas rumah mereka tanpa henti sehingga Kaka memintanya berhenti daripada melakukan kerja tersebut.

“OCD husband… Non-stop sayang. Dah berhenti sayang, dahlah,” katanya kepada Azriff.

Bagaimanapun suaminya itu tetap tidak memperdulikannya dan terus membersihkan ruang tamu rumah mereka.

Lucu… Kaka berkongsi video suaminya yang tidak henti-henti mengemas rumah.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 29, dan Adam disatukan sebagai suami-isteri pada 14 Disember baru-baru ini selepas dirisik oleh keluarga pemuda itu pada 27 November lalu.

Mengenali rapat suaminya sejak setahun lalu namun mereka hanya menjalinkan hubungan cinta sekitar tiga bulan lalu.

Kaka mendedahkan dia yang telah melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Sementara itu, Kaka turut memuat naik video koleksi gambar-gambar mereka ketika kecil sehingga sewaktu mereka bercinta untuk tatapan pengikutnya.

Menerusi kapsyen video tersebut, Kaka memberitahu Adam adalah teman baik, kekasih dan cinta sejatinya.

“Daripada seorang kawan kepada segalanya buat saya. Kawan baik, kekasih dan cinta sejati. Terima kasih Allah. Hi suami,” tulisnya.

Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff

HANYA dengan sekali lafaz, penyanyi Kaka Azraff dan seorang usahawan iaitu Adam Azriff selamat bergelar suami-isteri kira-kira pukul 9.53 malam, Jumaat.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29, dan pasangan dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dengan mas kahwin RM300.

Kaka diwalikan oleh bapa saudaranya iaitu Nor Izam Aminuddin.

Majlis pernikahan diadakan di kediaman penyanyi itu di Klang, Selangor dalam suasana sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan warna serupa.

Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu serta ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka itu.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan saya dan Adam berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Allah dan semua pihak atas doa restu dan ucapan selamat untuk kami berdua,” kata Kaka dalam satu kenyataan dikeluarkan syarkat rakamannya, Warner Music sejurus majlis selesai.

Dalam pada itu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menerusi laporan mStar Online pada 9 Disember lalu, Kaka menafikan spekulasi dia sudah mengikat tali pertunangan namun mengakui telah dirisik keluarga pemuda itu dalam sebuah majlis yang diadakan pada 27 November lalu.

Bercakap mengenai percintaannya dengan Adam, Kaka memberitahu dia mengenai rapat jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu sejak setahun lepas dan mula menjalinkan hubungan cinta tiga bulan lalu.

Malah Kaka mendedahkan dia yang telah melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : HangatBerita