Bercuti dan Muat Naik Foto Bersama, Peminat Spekulasi Uqasha Senrose & Ben Amir Bercinta

Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir bin Sabarudin,28 mula dikenali ramai kerana telah memainkan watak hero dalam beberapa drama.

Baru-baru ini timbul spekulasi bahawa Ben Amir sedang menjalin hubungan dengan pelakon kelahiran negeri Kelantan iaitu Uqasha Senrose,26.

Menerusi kemas kini Instagram, Ben dan Uqasha berkongsi foto mereka bersama di laman sosial masing-masing.

Dilihat mesra berdua, pengikut laman Instagram Ben dan Uqasha mula mendakwa mereka kini sedang menjalin hubungan cinta.

Sebelum ini, Ben pernah bersama Uqasha dan adiknya, Nelydia Senrose bercuti di Bali bersama rakan-rakan yang lain.

Dalam perkembangan terbaru, drama lakonan Ben, Cinta Tiada Ganti disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135). Selain itu 

Antara komen-komen netizen di intagram yang menyokong serta merestui hubungan mereka dan mengharapkan mereka berdua kekal lama sehingga ke jinjang pelamin.

Macam sesuai je..

Sweet.. kawin plez..

Foto: Instagram Ben & Uqasha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: gempak.com