Bersikap Pilih Kasih Terhadap Anak-Anak, Apakah Hukumnya?

0
63

Soalan : 

Saya nak tanya apa hukum ibu ada sikap pilih kasih pada anak-anak.. dan apa yang harus di lakukan jika anak menjadi mangsa pilih kasih.. wajar kah anak itu meninggalkan ibu nya?.. Mohon ustaz jelaskan tentang pertayaan saya.. trima kasih..

Jawapan : 

Sebagai ibu bapa Nabi SAW melarang berlaku tak adil dengan anak-anaknya. Jika sifat ini ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak maka sifat inilah yang menyebabkan anak-anak rasa kecil hati. Anak-anak yang merasai kecil hati tak boleh tinggalkan ibunya, ibu tetap ibu dunia dan akhirat.Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]

Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.

Haram melebihkan pemberian kepada sebahagian anak tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari anak-anak yang lain. Ini merupakan pandangan yang masyhur bagi ulama mazhab Hambali. Dalil mereka adalah seperti berikut:

Dalil menjelaskan ibu bapa perlu bersikap adil : Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada al-Nukman bin Basyir (النعمان بن بشير ) RA yang berkata:

إن أباه أتى به رسول الله r، فقال: إني نحلت ابني هذا، غلاما كان لي، فقال رسول الله r: (( أكل ولدك نحلته مثل هذا؟ )) [وفي رواية لمسلم: (( أكل بنيك نحلت؟ ))] فقال: لا، فقال رسول الله r: (( فأرجعه )). رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Sesungguhnya bapa beliau membawa beliau kepada Rasulullah SAW, dan berkata: Sesungguhnya saya telah berikan kepada anak saya ini seorang khadam milik saya. Rasulullah SAW bersabda: Apakah bagi setiap anak engkau berikan pemberian seperti ini? beliau menjawab: Tidak. Jawab Rasulullah SAW: Pulangkannya semula.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam riwayat lain di sisi Imam al-Bukhari dan Muslim juga dinyatakan:

أن النعمان بن بشير قال وهو على المنبر: أعطاني أبي عطية، فقالت عمرة بنت رواحة: لا أرضى حتى تشهد رسول الله r، فأَتَى رسولَ الله r فقال: إنِّي أعطيتُ ابني من عمرة بنت رواحة عطية، فأَمَرَتْنِي أن أشهدك يا رسول الله، قال: (( أعطيت سائر ولدك مثل هذا ؟ )) قال: لا، قال: (( فاتقوا الله، واعدلوا بين أولادكم )) قال: فرجع فرد عطيته.

Maksudnya : “Bahawa suatu hari ketika al-Nukman bin Basyir berada di atas mimbar, dia berkata: Suatu hari bapaku memberi kepadaku satu pemberian. Lalu ‘Amrah binti Rawahah (Isteri kepada Basyir dan ibu kepada al-Nukman) berkata: Saya tidak redha (pemberian ini) sehinggalah kamu terlebih dahulu menjadikan Rasulullah SAW saksi terhadapnya. Lalu bapaku pergi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: Sesungguhnya saya telah berikan kepada anak saya bersama ‘Amrah binti Rawahah ini satu pemberian, akan tetapi ‘Amrah meminta saya menjadikan tuan sebagai saksi wahai Rasulullah. Tanya baginda kepada beliau: Engkau telah berikan kepada semua anakmu pemberian yang sama? Jawab beliau; Tidak. Sabda Baginda SAW: Bertakwalah kamu kepada Allah, dan berlaku adillah diantara anak-anakmu. Kata al-Numan: Lalu bapa saya pulang dan menarik semula pemberiannya.”

Di dalam al-Bukhari dan Muslim juga terdapat riwayat yang menyatakan:

أن أمّه بنت رواحة، سألت أباه بعض الموهبة من ماله لابنها، فالتوى بها سنة، ثم بدا له، فقالت: لا أرضى حتى تُشهِد رسولَ الله r على ما وهبت لابني، فأخذ أبي بيدي، وأنا يومئذ غلام، فأَتَى رسولَ الله r فقال: يا رسول الله، إن أمّ هذا بنت رواحة، أعجبها أن أشهدك على الذي وهبت لابنها، فقال رسول الله r: (( يا بشير ‍ ألك ولد سوى هذا؟ )) قال: نعم، فقال: (( أكلهم وهبت له مثل هذا ؟ )) قال: لا، قال: (( فلا تُشْهِدْنِي إذًا، فإني لا أشهد على جَوْر )).

Maksudnya: “Bahawa ibu kepada al-Nukman yang bernama ‘Amrah binti Rawahah bertanya kepada bapa al-Nukman berkenaan sebahagian pemberian yang akan diberikan kepada anaknya, lalu bapanya menangguh pemberian tersebut selama setahun, kemudian ia berikan pemberian tersebut kepada al-Nukman. Lalu ibu al-Nukman berkata: Saya tidak menyetujuinya sehinggalah engkau menjadikan Rasulullah SAW sebagai saksi terhadap apa yang engkau berikan kepada anakku ini. Ketika itu saya masih kecil (kata al-Nukman). Lalu bapa saya membawa saya bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu budak ini bintu Rawahah, menghendakkan sangat untuk saya menjadikan tuan sebagai saksi terhadap apa yang saya berikan kepada anaknya ini. lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai Basyir, apakah engkau ada anak selain dari dia ini (al-Nukman)? Jawab beliau: Ya. Sabda baginda SAW: Apakah setiap mereka engkau berikan pemberian yang sama? Jawab Basyir: Tidak. Sabda baginda SAW: Kalau begitu, Jangan engkau menjadikan saya sebagai saksi, kerana sesungguhnya saya tidak akan menjadi saksi dalam perkara yang tidak benar.” 

Di sisi Muslim terdapat riwayat yang menyatakan:

(( أكل بَنِيْكَ قد نحلت مثل ما نحلت النعمان؟ )) قال: لا، قال: (( فأَشْهِد على هذا غيري )) ثم قال: (( أَيَسُرُّكَ أن يكونوا إليك في البر سواء؟ )) قال: بلى، قال: (( فلا إذا )).

Maksudnya: “Apakah setiap anakmu, engkau berikan seperti apa yang engkau berikan kepada al-Nukman? Jawab beliau: tidak. Sabda baginda SAW: oleh itu, carikan saksi selain dari saya. Tidakkah menggembirakan kamu jika mereka semua melakukan kebaikan yang sama kepadamu? Jawab Basyir: Bahkan (ia menggembirakan saya). Jawab baginda SAW: Jika begitu, jangan lakukan demikian.”

Perlu ada orang tengah yang dihormati oleh ibu mereka untuk menasihatinya. Jangan dibiarkan lama-lama kerana akan memberi kesan yang kurang baik pada anak-anak mereka yg sedang berdukacita di atas sikap ibu mereka yg berat sebelah. Walaupun ibu seperti tak adil tetapi anak-aank kena ingat susu ibu yang mereka minum tak dapat nak balas dan kesusahan ibu mengandung dan membela mereka sejak bayi amat sukar dan perlu ingat yang ini , harta dunia jangan dikisahkan sangat kerana harta dunia boleh dicari. Saudari perlu berikan motivasi pada anak-anak tersebut.

Video:

Sumber: tanyalahustaz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo