‘Bini orang pun nak try eh?’ – Suami sound setepek lelaki yang cuba mengorat isterinya

0
327

Hati suami mana yang tidak panas membara bila isteri yang ditatangnya bagaikan minyak yang penuh, tiba-tiba datang seorang lelaki yang cuba mengoratnya. Lebih memedihkan lagi, kejadian itu berlaku di depan mata si suami. 

Bayangkan jika perkara seperti ini berlaku pada isteri anda, apa yang akan anda lakukan? Biarkan atau beri teguran? Kalau hilang sabar, pasti berlaku kekecohan. Namun bukan itu yang dimahukan. Jaga dan hargailah isteri anda. Dugaan seperti ini tidak pernah putus dan sentiasa datang menduga rumahtangga anda. 

Amik banyak lagi, amik. Senang je, kita pakai cara ni je 😂

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

TENGAH bershopping barang-barang dapur. Isteri saya berjalan di depan, manakala saya berjalan di belakang sambil menolak troli. Tiba-tiba ada seorang mamat ini, dia boleh senyum-senyum gatal pada isteri saya, nak mengorat. 
 
Bila dia toleh saja pada saya, memang saya sound. 
 
“Bini orang pun nak try eh?” sambil tunjuk jari jemari yang masih merah lagi berinai. 
 
Apa, ingat saya senang ke nak mengorat isteri saya ini dulu? Time gemuk, jerawat, lelaki-lelaki ini tak nak mengorat. Ini saya yang sudah lima tahun bersama dengan dia, barulah dapat dia yang cun-cun begini. 

Haa, apa lagi? Senyum-senyum pada isteri saya, memang saya bagi setepek. Pergi stay dengan girlfriend sendiri dan jaga sampai jadi lawa. Ini tak kena taste sikit, terus nak try perempuan lain. Lepas itu bila perempuan itu (ex) jadi lawa, terus menyesal. 

Tahniah sayang✨ InsyaAllah semoga terus maju & berjaya 🌸

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

Sumber: TheReporter