Buat 6 Perkara Ini Untuk Semarakkan Ulangtahun Perkahwinan Anda

0
130

Mengenang semula tarikh perkahwinan merupakan sesuatu yang istimewa dan memberi makna yang sangat mendalam. Pada kebiasaannya pasangan akan meraikan dengan cara tersendiri. Tidak kurang juga yang membuat kejutan kepada pasangan dengan membawa ke tempat pertama kali dia melamar anda. Oh sungguh romantis bila pasangan membuat kejutan sebegitu.

Apa yang penting pasangan mengingati  hari ulangtahun perkahwinan sambil mengucapkan dengan ikhlas, itu sudah cukup memberi kegembiraan buat pasangan.

Anda juga boleh mempraktikkan cara ini bila tiba ulangtahun perkahwinan nanti agar menjadi memori indah buat anda berdua.

1.Bulan Madu

Romantis bukan jika dapat bersama isteri untuk berbulan madu. Tidak semestinya mereka yang baru berkahwin sahaja yang boleh berbulan madu. Jadikan lokasi di sekitar i Malaysia sebagai lokasi anda memadu kasih sayang. Pilihan di tangan anda sama ada bulan madu di tanah tinggi atau pun di pulau. Inilah masanya anda menghangatkan cinta kembali.

2. Buat Kejutan

Sesekali buat kejutan pada pasangan tentulah dia merasa gembira dan boleh menitiskan air mata jika kejutan itu menyentuh perasaan. Letakkan hadiah istimewa di dalam beg tangan pasangan anda. Pastinya kala dia mahu mengambil sesuatu dari beg tangan akan terlihat hadiah yang diberi oleh anda. Sweetnya rasa ketika itu.

3.Luangkan masa dengan Aktiviti Luar Bersama

Sekiranya anda tahu yang pasangan menyukai aktiviti luar, aturkan aktiviti yang menarik yang ada boleh lakukan bersama-sama pada hari ulang tahun nanti. Contohnya pergi mendaki gunung untuk melihat keindahan alam semula jadi berdua mampu mengeratkan hubungan suami isteri.

4.Hadiahkan Bunga

Wanita dan bunga seakan tidak dapat dipisahkan. Hadiahkan bunga kepada pasangan anda tanda cinta dan kasih anda.

5. Masak Masakan Istimewa

Suami suka kan masakan isteri. Nah apa lagi tunjukkan skil dekorasi meja anda dengan penataan yang menarik serta hidangan yang menyelerakan. Pasti buat hati suami tersentuh dengan usaha yang dilakukan oleh isteri. Ikatan cinta pasti bertambah antara anda berdua sambil berbual tentang perkara yang  romantis.

6.Mengenang kembali Masa Lalu Bersama

Di hari ulangtahun perkahwinan anda tidak salah anda mengambil peluang itu untuk menghabiskan masa bersama-sama. Imbau kenangan lalu dengan melihat kembali gambar gambar lama anda berdua. Pastinya romantik.

Sumber: pesonapengantin