Sky Brown, Budak kacukan Jepun Britain atlet termuda yang akan beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020

SEORANG atlet sukan papan selaju berusia 10 tahun bakal menjadi peserta Britain paling muda beraksi pada Sukan Olimpik 2020.

Sky Brown menerima dana daripada UK Sport untuk mempersiapkan diri bersaing di Tokyo tahun depan.

Jika dia dapat membuat pasukan, dia akan berusia 12 tahun 12 hari ketika temasya berprestij itu membuka tirainya.

Ini bermakna dia akan mengatasi rekod perenang pasukan Great Britain Margery Hinton yang berusia 13 tahun 14 hari semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam.

Dilahirkan di Jepun, Brown merupakan kacukan Britain dan juga Jepun sebelah ibunya.

Meskipun baharu sahaja berusia setahun jagung, dia sudah diiktiraf sebagai atlet profesional sukan papan selaju termuda di dunia.

Brown yang menetap di Miyazaki, Jepun pernah muncul dalam kempen iklan Nike bersama dengan atlet gimnas, Simone Biles pada usia lapan tahun.

Brown diiktiraf sebagai atlet sukan papan selaju profesional termuda di dunia.

Dia perlu menduduki ranking ke 20 terbaik dunia untuk bertanding di Tokyo.

“Saya teruja kerana diberi peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Saya rasa jangan pedulikan usia anda.

“Saya kecil tetapi saya akan bertanding pada kejohanan besar. Anda boleh lakukan apa sahaja tanpa mengira berapa usia anda.

“Kadang kala saya hanya mahu melawan diri sendiri dan saya mahu lakukan apa yang budak lelaki lakukan.

“Saya fikir budak perempuan boleh lakukan apa yang (budak) lelaki buat,” katanya.

Namun bapanya, Stuart, 35, mengakui dia cuba menjauhkan anaknya daripada sukan lasak itu.

“Sebelum dia berusia tiga tahun saya tidak mahu dia terlibat dalam sukan papan selaju. Namun itu satu-satunya permainan yang dia teruskan sehingga hari ini,” katanya. – Mirrror.co.uk

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply