Cantik betul foto kahwin pelakon drama Winter Sonata ini, umurnya pasti mengejutkan anda

0
1080

Rata-rata daripada kita pasti berkesempatan untuk menyaksikan tayangan drama Korea popular satu masa lalu, iaitu Winter Sonata. pasti anda juga tahu siapa heroinnya, bukan? Ianya tidak lain dan tidak bukan, Choi Ji Woo, yang baru-baru ini dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga. Jika kita imbas pada foto perkahwinannya, pasti anda tidak menyangka heroin pujaan ramai ini telah mencecah umur 43 tahun ini!

Kredit: PIKCAT

Lihatlah susuk tubuh beliau. Seperti masih muda.

Kulitnya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penuaan.

Beliau juga turut berkongsi 3 rahsia yang mengekalkan bentuk tubuh dan kesihatan kulitnya seperti di bawah :

#1. Senaman

Choi Ji Woo sangat berdisiplin ketika bersenam untuk kekal langsing. Antara yang dilakukannya adalah latihan mengangkat beban berat, bermain gelung dan latihan ballet.

#2. Pemakanan

Choi Ji Woo mengamalkan pengambilan yogurt tanpa sebarang perisa dan buah-buahan seperti pic dan kiwi. Pada setiap malam, beliau akan minum jus buah-buahan tanpa gula bagi melancarkan pencernaannya. Setiap pagi pula, beliau akan minum 2 gelas air suam.

#3. Penjagaan kulit dan mandian

Choi Ji Woo mengamalkan siri penjagaan kulit seperti krim pelembap waktu siang dan malam. Beliau juga tidak pernah lupa untuk minum banyak air setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Jadi, itulah rahsia kecantikan yang dikongsikan oleh Choi Ji Woo. Setiap wanita mempunyai hak untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan yang diidamkan, dan ia memerlukan kerja keras dan semangat yang tinggi. Jangan putus asa kerana setiap individu di dunia tidak dilahirkan secara sempurna.

VIDEO:

Sumber: Cerpen / Era Baru via Hudamir

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat