“Dah Banyak Kali Tengok, Sampai Ulang-Ulang..” – Zulin Aziz Buat Ramai Kenang Memori Pahit

0
260

Kegagalan percintaan antara Zulin Aziz dengan bakal suami yang akhirnya menyebabkan majlis perkahwinan yang sudah diatur terpaksa dibatalkan, menjadi tular di media sosial. Baru-baru ini, Zulin sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila lagu ciptaannya bertajuk Dan Ketika Itu telah menjadi trending no.1 di Youtube kurang daripada 24 jam setelah dikongsikan.

Tak tau nak cakap apa – Zulin Aziz

Wow! Penangan lagu Zulin Aziz benar-benar membuatkan ramai terkesan mendengarnya. Ramai yang menyifatkan lagu tersebut menusuk ke dalam jiwa sehingga membawa kepada perasaan sebak.

Lagu yang dicipta berdasarkan kisah benar yang dilaluinya itu membuatkan ramai turut terimbau kenangan lama yang dilalui seperti Zulin Aziz. Terkesan dengan lirik lagu dan muzik video tersebut, ramai yang menceritakan kenangan pahit yang pernah dilalui mereka di ruangan komen.

 

Hakikatnya, ramai golongan wanita di Malaysia ini pernah dikecewakan dan mengalami situasi yang hampir sama dengan Zulin Aziz. Tiada apa yang mampu mengubati kecuali masa dan sokongan moral.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Youtube  dan Zulin Aziz Via KL Menjerit