Detik Cemas 33 Orang Penumpang Apabila Bas Yang Membawa Kakitangan Universiti Jatuh Dalam Gaung Curam

0
626

Sekurang-kurangnya 33 orang terbun4h dalam kemalangan jalan raya yang buruk pada 28 Julai di Maharashtra, Barat Daya India.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian itu berlaku apabila sebuah bas yang membawa 34 penumpang terhumban ke dalam gaung di pinggir jalan.

Bas itu pada mulanya mengambil kakitangan dari Universiti Pertanian Dapoli menuju ke Gunung Mahabaleshwar untuk berkelah. Berikutan kejadian itu, hanya seorang sahaja penumpang yang terselamat dalam kejadian itu.

Polis memaklumkan bahawa kawasan pergunungan yang licin kerana hujan lebat yang berpanjangan adalah salah satu punca kemalangan itu. Operasi menyelamat masih dijalankan dan sehingga kini masih diteruskan.

Dengan bantuan pelbagai pihak. Untuk rekod,  kemalangan jalan raya sering kali berlaku di India dengan lebih daripada 150,000 orang terbun4h setiap tahun dan faktor penyumbang kepada bencana ini adalah disebabkan oleh keadaan jalan raya yang sangat teruk, kenderaan tidak diselenggara dengan baik dan sikap pemandu itu sendiri.

Bulan lalu, kemalangan jalan raya yang serius telah berlaku di Gunung Himalaya di Utara India. Sebuah bas itu yang padat dengan penumpang telah jatuh ke dalam gaung yang mengorbankan 48 orang dan menyebabkan beberapa yang lain cedera.

VIDEO :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Indahnya Islam Via KD