“Dia Sangat Sensitif Orangnya, Saya Tahu Dia Tak Suka…”- Wany Hasrita Minta Maaf Pada Tajul

Penyanyi Wany Hasrita tidak menyangka kenyataan mengenai sudah tidak relevan untuk berduet bersama Tajul telah menyinggung perasaan penyanyi lelaki tersebut.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia sudah memohon maaf secara bersemuka dengan Tajul ketika bertemu baru-baru ini.

“Dengar dari kenyataanya kepada media baru-baru ini saya tahu dia marahkan saya.

“Saya rasa, mungkin Tajul belum kenal saya lagi, jadi dia tak dapat bezakan betul ke saya cakap macam tu. Dia pula tak tanya saya selepas membaca artikel tersebut.

 “Lagipun, saya bukan jenis suka bergaduh. Kalau ada masalah, saya cakap depan-depan. Kebetulan keesokkan harinya, kami ada sesi fotografi, saya terus bertanya kepadanya.
 
“Pada mulanya, dia memang marah.Tapi saya jelaskan yang saya tidak bermaksud kami sudah tidak relevan untuk berduet tapi itu feedback yang diberikan peminat,” katanya kepada Gempak.
 
Pelantun lagu Menahan Rindu itu ditemui ketika pusingan akhir Pencarian Gadis Panca MyBeauty 2018 di Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Bukan Saya Yang Minta Duet Dengan Dia Atau Nak Tumpang Populariti Dia – Tajul

Bintang program Big Stage, Tajul mengulas kenyataan yang diberikan oleh rakan duetnya, penyanyi Wany Hasrita yang mengakui gandingan mereka sudah tidak relevan buat masa sekarang.

Menerusi laporan Harian Metro, Wany sudah menyedari perkara itu dan sudah pernah berbincang mengenai hal terbabit.

“Saya pun tak berapa berani sangat nak cakap lebih-lebih isu tersebut, tak mengapalah.“Rezeki masing-masing, mungkin dia lebih fokus untuk tanggungjawab yang dia dah dapat, Bintang Paling Popular ABPBH 31.

“Jadi, dia kena buktikan kepada orang ramai yang dia jauh lebih baik dari saya,” kata Tajul kepada Gempak.

Dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, Tajul menganggap Wany layak mendapat pasangan duet baru.
 
“Dia layak dapat pasangan duet baru yang lebih lagi, macam saya, jenis tak kisah siapa pun nak berduet dengan saya.
 
“Bukan saya yang minta duet dengan dia atau nak tumpang populariti dia, ramai yang cakap saya nak tumpang popular dia, dia lupa siapa yang bantu dia naik sama-sama dulu.

“Tak mengapalah, tolak tepi, itu semua atas syarikat, nak tak nak saya kena nyanyi sebab kerja professional.

“Itu saja yang saya boleh komen. Terima kasih, maaf kalau ada kurang dari saya,” katanya lagi.

Wany dan Tajul dikenali menerusi tiga lagu duet iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu, Rindu Dalam Benci dan terbaru, Aku Serius.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat