[FOTO] Anak Lelaki Pelakon Popular 90an Viral Kerana Mirip Penyanyi Hot Enrique Eglesias

Kalau korang geng suka layan drama masa zaman 90-an dulu, korang mesti kenal dengan Azah Aziz yang sangat femes dengan lakonan dalam drama Cinta Korporat. Tapi semenjak dia kahwin dengan jejaka mat saleh, Daud Leroy Abdullah, Azah dah tak muncul di kaca TV lagi dan menetap dekat Montreal, Kanada sampailah sekarang.

Lepas 19 tahun mendiamkan diri, tup-tup nama Azah naik semula selepas gambar anak terunanya viral di media sosial baru-baru ni. Kalau korang nak tahu, hasil perkahwinannya dengan Daud, Azah telah dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron, 22, Ryan, 15 dan Justin, 12.

Tapi yang menarik perhatian netizen sampai bergetar hati gegadis di luar sana tu adalah rupa paras Aaron yang dikatakan sama kacak dengan penyanyi hot, Enrique Iglesias. Wow! 

Tapi jangan ingat Azah tak tahu yang korang di Malaysia ni sedang bergosip tentang anaknya! Melalui akaun Instagram, Azah tercuit dengan artikel yang menulis tentang anak dan bergurau kalau ada yang nak ambil Aaron sebagai model suatu masa nanti. Tapi kalau ada yang berminat nak ambil anak lelakinya berlakon, kenalah tunggu Aaron fasih berbahasa Melayu dulu ye, katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Instagram azahmontreal via menujukebenaran