[FOTO] Sekitar Majlis Akikah Anak Ke-5 Anne Ngasri Bagaikan Taman Bunga

Dekorasi pelamin tersebut seakan-akan berada di taman bunga kerana hiasan bunga-bungaan dan pokok sakura penuh diletakan disekeliling katil tempat bayi beradu. 


Menerusi foto-foto yang dikongsi Anne di akaun Instagram (IG) miliknya, ramai tetamu terutama keluarga menghadiri majlis tersebut. 

Menariknya pada hari majlis akikah tersebut, Anne juga turut meraikan hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-6 bersama suaminya, Datuk Mohd Sumali Reduan. Anne turut berkongsi ucapan bermakna buat suaminya. 

Sementara itu Anne juga turut berkongsi beberapa foto bersama suami dan anak-anak. Hasil perkahwinan Anne terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8. 

Anne juga turut berkongsi foto sekitar majlis hari lahirnya di laman instagram

Kapsyen : 

Syukur Alhamdulillah. Yesterday Another year of life.
Jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Saya terima banyak doa kebaikan dari sahabat-sahabat semua. Semoga doa yang baik-baik ini Allah limpahkan jua kepada kalian semua. Untuk hadiah yang diterima alhamdulillah dan terima kasih semoga kalian dimurahkan rezeki oleh Allah swt. 
Alhamdulillah syukur pada Allah swt saya masih disini dan ramai yang masih disisi.  Anne Ngasri

 

Sumber : Ig Annengasri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat