[FOTO] Luna Maya berhijab – “Teruskan Istiqomah” ,Tahniah! Peminat beri sokongan

AKTRES jelita Indonesia, Luna Maya berkongsi foto memakai tudung yang mendapat respon positif dari netizen. Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Biodata lengkap Luna Maya

  • Nama Lengkap : Luna Maya Sugeng
  • Tanggal Lahir : 26 August 1983
  • Tempat Lahir : Denpasar, Bali, Indonesia
  • Tahun Aktif : 1999 sampai dengan sekarang
  • Tinggi Badan : 173 cm
  • Zodiak : virgo
  • Agama : Islam
  • Kewarganegaraan : Indonesia
  • Twitter : LunaMaya 26
  • Web : www. itslumaya.com
  • Orang Tua : Uut Bambang Sugeng

Rata-rata netizen memuji imej berhijab yang digayakan Luna dan memberi sokongan agar dia terus istiqomah.

“May Allah bless you, teruskan istiqomah.

“Cantik sekali.

“Alhamdulillah, cantik,” tulis netizen

Difahamkan, Luna baru sahaja menunaikan ibadah umrah.

Ekoran itu, ada segelintir pihak yang menganggap Luna menunaikan umrah untuk mencari ketenangan selepas bekas teman lelakinya mengahwini penyanyi Syahrini baru-baru ini.

Baru-baru ini, pasangan popular pengantin itu memilih kotaraya Tokyo, Jepun sebagai destinasi mengikat hubungan pernikahan, jauh dari tumpuan lensa media Indonesia yang sudah jenuh menunggu pengesahan daripada mereka selama ini.

Cerita perkahwinan pasangan ini tidak kurang menjadi berita panas dalam laporan media Indonesia memandangkan Reino merupakan bekas kekasih artis wanita kontroversi, Luna Maya.

Berdasarkan laporan media di negara jiran itu, Luna dan Syahrini pernah bersahabat karib. Bagaimana Syahrini dan Reino menyulam kasih tidak dapat dipastikan, namun suatu yang pasti Luna terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukanlah jodoh lelaki berkenaan.

Berlangsung dalam suasana penuh syahdu, majlis pernikahan Syahrini dan Reino diadakan secara sederhana.

Bagaimanapun, masjid berkenaan dikawal ketat sehingga wartawan Indonesia yang turut berada di Tokyo hanya mampu mundar-mandir di persekitaran masjid sehingga radius 500 meter.

Tiada seorang pun tetamu dibenarkan membawa kamera kecuali pasukan kamera profesional yang diupah oleh pengantin.

Sumber : Astr0Awani

Penampilan Luna Maya berhijab kembali dari Umrah tarik perhatian

Nama Luna Maya sudah pasti tidak asing lagi di kalangan peminat di Indonesia mahupun di Malaysia dengan wajahnya yang cantik persis pelakon Sepanyol.

Bagaimanapun penampilan terbarunya dikhabarkan sudah berhijab ternyata mengejutkan industri hiburan.

Ketika mengerjakan umrah, dapat disaksikan menerusi laman sosial Luna memuat naik beberapa gambar sebagai tatapan untuk peminatnya.

Lantas, perkara itu mendapat pujian oleh warganet yang menyukai dengan penampilan baharu yang dilihat lebih anggun dan muslimah.

Malah, ketika berangkat pulang ke tanah airnya, Luna juga mengenakan hijab sewaktu dalam penerbangan dihujani dengan komen dan ucapan positif.

Gambar memperlihatkan dia memandang ke luar tingkap kala terbang itu memakai hijab dipadankan kemeja berwarna biru.

Netizen rata-rata mendoakan pelakon itu terus kekal berhijrah dalam masa terdekat.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Such an amazing journey😇 thank you @turkishairlines #alhamdulillah #lunamaya

A post shared by Luna Maya (@lunamaya) on

Difahamkan, sebelum ini Luna dikaitkan membawa diri ke Makkah untuk mendapatkan ketenangan selepas berita mengenai pernikahan bekas kekasihnya iaitu usahawan Reino Barack dengan penyanyi Syahrini awal minggu lalu.

Pasangan berkenaan dikhabarkan telah melangsungkan pernikahan di Masjid Tokyo Camii di Jepun secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply