Fungsi Dan Khasiat Air Kelapa yang Ramai Tak Tahu..

Tentu ramai dalam kalangan anda yang menyukai air kelapa sebagai minuman penghilang dahaga. Lebih-lebih lagi ketika musim panas ditambah pula minum bersama ais yang sejuk. Memang sangat menyegarkan.

Foto: Google

Selain sedap diminum, air kelapa sangat banyak khasiatnya untuk kesihatan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan jika anda demam. Oleh sebab itu, bila anda demam sangat disarankan untuk meminum air kelapa bagi melegakan demam.

Foto: Google

Tetapi, tahukah anda, selain melegakan demam, air kelapa juga dipercayai mampu menyuburkan rambut anda. Macam mana agaknya air kelapa mampu menyuburkan rambut kita ya? 

Difahamkan, air kelapa dapat mengurangkan rasa gatal dan juga mengurangkan kelemumur di kepala jika istiqamah menggunakannya.

Jom ikuti bagaimana caranya hendak menggunakan air kelapa bagi tujuan menyegarkan rambut anda, mengikut laman Merdeka ini:

Bahan:

1/2 gelas air kelapa

Cara memakai:

1. Picit kulit kepala anda yang telah dibasahkan dengan air kelapa dalam gerakan berputar. Lakukan selama 5 hingga 10 minit.

2. Sapukan pula air kelapa di seluruh rambut bermula dari pangkal rambut sehingga hujung rambut anda.

3. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air biasa.

Untuk mendapatkan kesan yang berpanjangan, anda disyorkan untuk melakukan urutan ini setiap seminggu sekali. Boleh juga air kelapa itu anda tambah dengan 1 sudu makan perahan limau nipis dan juga madu atau juga cuka epal. Insyaallah ia lebih berkhasiat. 

Video:

Sumber:Cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber: islamikinfo